KOTA BHARU-Tindakan pantas Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dengan kerjasama Jabatan Perlindungan hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta penduduk Kampung Surau, Mulong dekat sini, berjaya menangkap 15 babi hutan di kawasan terbabit semalam.
Haiwan yang menjadi ancaman penduduk di penempatan terbabit sejak dua tahun lalu memusnahkan tanaman serta ternakan masyarakat yang menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.
Ketua Rela Pendek, Aris Daud berkata, operasi yang dijalankan kali pertama di kawasan itu disertai 25 peserta dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan penduduk kampung.
“Alhamdulillah dalam operasi sejak jam 9 pagi ini (semalam) sehingga jam 6 petang, 15 babi hutan berjaya ditangkap dan dihapuskan.
“Haiwan ini semakin berani dan sering dilihat penduduk berada di kawasan jalan yang menjadi laluan dan ia membahayakan penduduk setempat,” katanya.
Beliau berkata, dengan laporan yang dibuat penduduk, mereka bertindak menjalankan operasi terbabit bagi memburu haiwan itu.
Sementara itu, Ketua Kampung itu, Arifin Mamat, 70, berkata, sebelum ini haiwan terbabit hanya berada di kawasan pedalaman, namun kini ia bertindak agresif dan sering merosakkan tanaman masyarakat setempat.
“Terbaru, sekumpulan haiwan itu merosakkan tanaman ubi kayu yang ditanam berdekatan tepi rumah dan menyebabkan kesemua pokoknya tumbang disondol haiwan itu,” katanya.
“Bukan itu sahaja haiwan itu semakin berani keluar secara berkumpulan di laluan orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan penduduk,” katanya.
Arifin berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, beliau mendapatkan perkhidmatan Rela serta Perhilitan untuk memburu haiwan itu.
TQSUARAPEOPLE
They r pigs!! Just following their fellow friends terrorising d Malays
ReplyDelete