Monday, December 19, 2011

GAY MELAYU KAWIN GAY DUBLIN !! KITA AKAN SIASAT ! - JAMIL KHIR



BANGI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara. "Kita akan siasat kerana kadang-kadang kita pun tidak tahu siapa kerana ada rakyat negara lain pun pakai tengkolok juga. "Jadi, kita tidak tahu adakah itu penggambaran atau peristiwa sebenarnya.  Kita tengoklah dulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. Akhbar hari ini melaporkan sebuah laman web menyiarkan gambar perkahwinan sejenis lelaki yang memakai baju Melayu hitam, bersamping serta tanjak warna emas dan bertengkolok, dipercayai berlangsung di sebuah gereja. 

Sumber: BERNAMA

2 comments:

  1. Ini adalah FITNAH semata mata,ada pihak yang bertangungjawab untuk memalukan nama Malaysia sebagai sebuah negara islam yang mempunyai Raja,pakaian yg di pakai nya itu adalah baju yang biasa orang memakai nya waktu upacara rasmi kerabat diraja atau mengadap Sultan..(cuba anda perhatikan).imej insitusi raja raja juga akan tercalar dgn pemakaian baju melayu hitam serta memakai tengkolok berbenang emas pada majlis yg tidak sepatut nya.Pada saya orang ini sudah memperlekehkan Rukun Islam dan Rukun Negara,dia bukan saja menderaka kepada Allh SWT tapi die juga menderaka kepada raja dan negara,orang macam ini sudah tidak layak untuk disimpan....jln terbaik untuk menjadi teladan pada seluruh rakyat Malaysia samada di dalam atau luar negara ialah lucutkan kerakyatan nya sertamerta......

    ReplyDelete
  2. Ni pun satu hal...macam takde perempuan dah.kawin sama lelaki...nanti tuhan turun bala...bertaubatlah sebelum mati!!ini dah murtad dah ning!!

    ReplyDelete