Label 10

Home » , » Perjumpaan Najib - Anwar Telah Dirancang?

Perjumpaan Najib - Anwar Telah Dirancang?

Written By AAKJ on Thursday, June 20, 2013 | 8:30 PM




Rakyat Malaysia yang baru sahaja ‘menghadamkan’ keputusan PRU-13 tiba-tiba dikejutkan dengan berita kononnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membuat pertemuan sulit dengan Anwar Ibrahim di Jakarta.    Berita ini mula-mula dihebahkan oleh Malaysian Insider, iaitu sebuah portal pro-pembangkang dan kemudiannya menjadi heboh di laman-laman sosial.    

Kononnya, pertemuan itu adalah bagi mengatur satu lagi perjanjian yang bakal memberi keputusan ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak BN dan PR dalam PRU-14 nanti.   Portal tersebut juga cuba menggambarkan seolah-olah pertemuan itu diusahakan oleh pihak Dato’ Seri Najib yang bimbang dengan prestasi BN yang begitu corot dalam PRU lepas. 

Nampaknya, walaupun PRU telah berakhir dengan kekalahan di pihak mereka, pembangkang masih lagi ingin menggunapakai strategi yang sama, iaitu berbohong dan menipu bagi menarik sokongan rakyat.  Pembangkang jelas tidak dapat memahami bahawa strategi tersebutlah yang membawa kepada kekalahan mereka. 

Kata orang, lebih besar penipuan, lebih mudah untuk dipercayai.  Tetapi, ingatlah, sekali penipuan besar itu terkantoi, maka bercakap benar juga orang tidak akan percaya lagi. 

Kita menghargai kepantasan pihak kerajaan menepis penipuan Malaysian Insider kali ini.  Malah, rakyat yang cemas dengan berita tersebut, berbesar hati apabila Dato’ Seri Najib sendiri membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar. 

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.  Sebaliknya, secara kebetulan Anwar berada di Jakarta pada waktu yang sama tetapi tiada pertemuan atau pertembungan terjadi antara kedua-dua mereka. 

Lebih menarik apabila Anwar turut menafikan perkara tersebut di dalam twitternya. 

Apa yang berlaku membuktikan bahawa portal pro-pembangkang sudah terlalu terbiasa dengan gaya melaporkan perkara yang separa benar atau tidak benar.  Oleh itu, sewajarnya episod ini menjadi pengajaran kepada rakyat agar tidak cepat menelan segala apa yang disuapkan oleh media pembangkang. 

Di masa yang sama, pihak kerajaan juga wajar mengambil pengajaran juga iaitu setiap penipuan yang disebar pembangkang, wajib ditangani segera.  Jangan biarkan berita separa benar atau separuh benar terus merebak sehingga membentuk persepsi yang sukar untuk dinafikan lagi. 



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger