Label 10

Home » , » BLACKOUT 505: Polis Akan Minta Bantuan Tentera Sabtu Ini Jika Perlu !

BLACKOUT 505: Polis Akan Minta Bantuan Tentera Sabtu Ini Jika Perlu !

Written By AAKJ on Thursday, June 20, 2013 | 11:30 PM

BLACKOUT 505: Polis Akan Minta Bantuan Tentera Sabtu Ini Jika Perlu!

Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.
“Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di sini hari ini.
Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu.
Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Mengenai penahanan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi Internet, beliau berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet.
Pada masa yang sama beliau meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai indvidu yang terbbait kegiatan itu.
Sabtu lepas polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet. Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan.

-mynewshub
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 21, 2013 at 5:36 PM

tu la ikut sgt kata nuor dap pakatan. Dulu kan rakyat tak bagi..konon nak tunjuk baik..bagi juga kat pj..alasan terakhir..berapa kali nak dikencing pakatan..bodoh amat ke tak faham faham sikap biadap nuor cina.

Itulah kebodohan seorg pemimpin yg hapus ISO. Percaya ikut kata punahsihat. Mkn diri. Nak suruh rakyat sokong.. Melayu Umno dah undi. Nasib tak ditendang. Jika pemimpin masih tak berubah sikap lagi tak tau akan dtg.

Gayanya belum nampak. Adik sendiri tak bersyukur. Ketua pemuda pulak ambik regina org kuat penyokong dap. Hancur maklumat pemuda..bocorlah jika pemuda nak buat sesuatu. GILOOOOO. Bukan bersyukur Melayu undi. Ambik cina terang terang sokong dap.

Najib..kj..dua dua ni ingat selama lama anda boleh gunakan org kg ke. Kan di atas sebut Melayu Baru.

Tuan blogger tolong buat ulasan perbezaan ketua pemuda Umno dulu dan sekarang. Tak kan masuk utusan kisah bola aje.

Anonymous
June 21, 2013 at 5:41 PM

Ni satu...naik kan la gaji polis dan tentera tu. Biar mahal gajinya. Tak rendah lagi. Stress tu melayan cina.

Najib...hang bagi cina kaya..sek mewah..tapi cina ni jugak biadap kat agama hang Melayu dan negara. Nak jaga suruh polis. Nak kaya bagi cina.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger