Label 10

Home » , » Jantan Yang Di Kerat Alat Kemaluan Kembali Meniduri 70 Wanita

Jantan Yang Di Kerat Alat Kemaluan Kembali Meniduri 70 Wanita

Written By AAKJ on Tuesday, June 25, 2013 | 12:49 PM

John Wayne Bobbit

Virginia – Masih anda ingat mengenai kisah John Wayne Bobbit? Lelaki yang bernasib malang apabila isterinya ketika itu, Lorena Bobbit telah memotong kemaluannya dan kemudian membuang kemaluan tersebut.
Kisah berkenaan menjadi tajuk utama dunia dan nama Bobbit tiba-tiba menjadi terkenal. Ia berlaku selepas Lorena mendakwa Bobbit telah merogolnya, dan selepas mengalami penganiayaan fizikal dan mental, dia bertindak nekad memotong kemaluan suaminya dengan pisau.
Itu kisah 20 tahun lalu namun ia tetap menjadi igauan ngeri kepada Bobbit, yang merupakan bekas tentera laut Amerika Syarikat.
“Orang ramai melihat kejadian ini sebagai gurauan tetapi tidak bagi saya kerana saya hampir mati akibat kehilangan darah.
“Saya tidak sedarkan dan apabila terjaga, jururawat sedang menyiapkan saya untuk pembedahan menyambung semula alat sulit berkenaan,’’ katanya.
Selepas membuang alat sulit itu, Lorena melarikan diri dari rumah namun dia berasa amat bersalah lalu menghubungi ambulans dan pihak berkuasa kemudiannya berjaya menemui semula alat sulit Bobbit itu.
Selepas pembedahan penyambungan alat sulit itu diadakan selama 10 jam, Bobbit berasa bimbang dia tidak mampu melakukan hubungan seks lagi.
“Selepas tiga minggu pembedahan itu, ketika jururawat menukar balutan, saya mula terasa sesuatu dan tahu ia masih berfungsi. Saya menghubungi ibu saya dan dengan rasa malu ibu meminta saya bercakap mengenai perkara itu dengan bapa saya,’’ katanya.
Menurut Bobbit, doktor telah memberitahunya bahawa dia tidak mungkin dapat melakukan hubungan seks lagi memandangkan kecederaan yang dihadapinya adalah serius.
“Namun saya membuktikan bahawa doktor salah dan telah meniduri 70 wanita selepas insiden berkenaan,’’ katanya.
Bagaimanapun sifat barannya menghantui Bobbit selepas itu apabila dia dipenjarakan selama 15 hari kerana memukul tunangnya, Kristina Elliot.
Pada 2001 pula, perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan berakhir selepas hanya 23 hari berkahwin.
Kini Bobbit mahu memadamkan kisah silamnya itu dan telah insaf serta bekerja sebagai tukang kayu dan pemandu Limo.
Dia juga sudah menemui wanita baru dalam hidupnya yang merupakan rakan sejak kecil iaitu Marie. Bobbit juga sibuk menulis autobiografi mengenai kisah silamnya itu.
Manakala Lorena pula telah mengasaskan lorenasredwagon.com, iaitu satu laman web bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga.

Aakj : Mangkok taik dap ni ? dah d tangkap d hotel dengan bini orang yang mana bini kawan baik dia..kawan yang bagi dia menumpang kiranya dia datang ke Kota Bharu..apakah lepas kes tangkapan pra-zina ni Mat Sabu tak buat lagi ? khabarnya cikgu kedah.."sha" ? pergHH bersumpahlah kamu Mat Sabu bahawa anda tak pernah berzina selepas itu !!

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger