Label 10

Home » » TERKINI !! ABBY ABADI TAK MINAT JADI AHLI POLITIK !!

TERKINI !! ABBY ABADI TAK MINAT JADI AHLI POLITIK !!

Written By AAKJ on Monday, August 20, 2012 | 10:28 AM


PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.

Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.

"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," katanya.

Susah dapat tawaran kerajaan

Dalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini.

"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan.

"Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.

Rujuk bersama Norman?

Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga.

Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik.

"Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya.

"Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'.

"Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey.

Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang. - Sinar
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger