Tiga sekawan menunjukkan semangat muhibah — Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bersama rakan taulan India dan Cina.
Ini pula gambar yang mencuit hati dengan MB berlagak India Celup. Rakan exco wanita beliau yang Cina pun berpakaian India juga.
Gambar MB yang berikut membayangkan hubungan mesra antara dua kaum utama di semenanjung– Melayu Islam yang majoriti dan Cina Kristian yang minoriti.
Lagi satu gambar muhibah kaum. Bagus juga wakil-wakil Pakatan terdiri daripada pelbagai bangsa, bukan? Di kiri sekali ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne sementara Adun Bukit Lanjan ialah Elizabeth Wong.
Sebenarnya MB Selangor menunjukkan kepimpinan melalui teladan dalam isu perpaduan kaum.
Beliau sering menyambut hari kebesaran bersama kaum-kaum lain, misalnya Tahun Baru Cina dengan para exco dan wakil-wakil Pakatan yang berbangsa Cina.
Berdiri di sebelah kanan MB ialah exco Selangor Elizabeth Wong (gambar bawah)untuk bersama-sama menyepit Yee Sang.
Berdiri di sebelah kiri MB ialah exco Selangor Elizabeth Wong untuk bersama-sama menyepit Yee Sang.
Malah seluruh barisan exco Selangor pun mengambil gambar dengan berpakaian perayaan Tahun Baru Cina. Duduk di sebelah kiri MB ialah exco Selangor Elizabeth Wong.
Exco kerajaan negeri tekun bekerja. Duduk di sebelah kanan MB ialah ahli exco Elizabeth Wong.
Barisan exco Selangor memang menampakkan wajah muhibah — ada Cina, ada India. Berdiri di sebelah kanan MB ialah Teresa Kok dan Xavier Jayakumar manakala di kiri beliau ialah Elizabeth Wong.
Di bawah ialah sekeping gambar yang membayangkan keunikan kaum di Malaysia. MB sedang memotong kek dalam suatu upacara sambutan berwarna-warni bersama sekumpulan Orang Asli. Bersamanya ialah exco Elizabeth Wong.
Inilah dikatakan exco bekerjasama dengan bergandingan bahu.
Di mana ada Khalid, di situ ada Eli.
Di mana ada Eli, di situ ada Khalid.
Selangor betul-betul mengorak langkah dalam memupuk hubungan erat antara kaum. Mujurlah MB bukannya seorang pemimpin Melayu yang hanya diapit orang sebangsanya sahaja.
Exco Selangor Elizabeth Wong, mahupun bukan Muslim, menunjukkan hormatnya kepada Islam dengan bertudung. MB sendiri pun bergaya tradisional dengan memakai songkok.
Barangkali Elizabeth Wong boleh diberi portfolio exco agama Kristian untuk menjalankan fungsi memupuk ‘inter-faith’.
Khalid sekarang pun memegang portfolio exco hal-ehwal agama Islam setelah Dr Hasan Ali dipecat.
Baru-baru ini, Hasan mengadakan sidang media berhubung isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) serta membongkor cerita tentang kegiatan mendakwah orang Melayu yang dilakukan secara sulit oleh puak evangelis Kristian.
Baca blog SeaDemon (14 Ogos) yang mengisahkan:
“When the proselytization issue surfaced exactly a year ago today, we all learnt that around 13 people were interviewed by JAIS for attending a berbuka puasa event at the Damansara Utama Methodist Church. What we did not know until tonight was the fact that there were in fact more than 100 Muslims/former Muslims who managed to get away from the church when the raid commenced.”
Khalid memikul tanggungjawab berat sebagai exco hal-ehwal agama Islam memandangkan bahawa Hasan Ali telah mendedahkan perkara yang amat serius.
Mengikut bekas exco hal-ehwal agama Islam tersebut, kegiatan memurtadkan orang Melayu sedang dijalankan di kawasan-kawasan bandar berpenduduk majmuk seperti Damansara Utama.
Tambahan lagi, Christian Fellowship of Subang Jaya juga pernah menyeru “Rise up it’s time to take Subang for Jesus!” (screenshot sini).
Gereja yang skandal itu – City Harvest Church – juga terletak di Subang Jaya.
Adakah Khalid sebagai exco hal-ehwal agama Islam akan menjalankan tanggungjawabnya dengan teliti memandangkan perkembangan-perkembangan terbaru ini?
Juga apa ketetapan Khalid atas penggunaan logo Hari Merdeka yang berbentuk burung merpati yang melambangkan Roh Kudus tuhan Triniti agama Kristian?
TQHELENANG
Post a Comment