Ramai yang mempertikaikan tentang pembabitan Syed Zainal Abidin dalam program Singgah Sahur yang diterbitkan oleh TV3 di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Muda atau lebih tepat lagi di Bukit Lanchong.
Dalam program berkenaan, Proton telah menyerahkan sejumlah RM250 ribu dan orang miskin pula diperuntukkan RM30 ribu. Penyerahan RM30 ribu kepada 30 ‘keluarga miskin’ dibuat sendiri oleh Syed Zainal Abidin.
Menariknya, berdasarkan maklumat yang diterima, senarai ‘keluarga miskin’ tersebut datangnya daripada JKKK bukannya JKKP. Malah dalam hal ini, JKKP tidak diambil pendapat mahupun dipedulikan.
Turut serta dalam program Singgah Sahur itu adalah Norhalim Sirome , pemangku YDP PAS Kota Raja dan Ahli Majlis serta Kamaruzzamn Sanusi, Ahli Majlis dari PKR. Tiada pemimpin UMNO-BN yang terlibat atau turut serta.
JKKP Bukit Lanchong menyenaraikan hanya 7 orang yang dapat derma RM1 ribu tersebut dari Bukit Lanchong. Baki 23 orang lagi adalah orang luar dan tidak tahu latar belakang mereka malah status ‘miskin’ mereka turut dipersoalkan.
Sumber yang menyampaikan berita ini, mempertikaikan niat sebenar JKKK Bukit Lanchong.
Justeru, sumber maklumat mendesak agar Perhubungan UMNO Selangor dan Khazanah mengambil tindakan ke atas Syed Zainal Abidin kerana membelakangkan JKKP dan UMNO-BN sebelum terlambat!
Barangkali yang dimaksudkan dengan ‘ambil tindakan segera’ itu ialah pemberian derma kepada golongan susah membabitkan pemangku YDP PAS dan Ahli Majlis dari PAS dan PKR, sedangkan pada masa yang sama, tiada orang UMNO-BN yang turut serta. Namun yang lebih menganehkan, pada ketika
TV3 digelar bermacam-macam, namun bantuan berbentuk kewangan tidak pula ditolak, malah mewujudkan pula PENERIMA HANTU
tqwarisan2057
+ comments + 1 comments
Orang berniaga tak bolehla bersikap kepartian. Mungkin itu yang Syed zainal pegang. Mengapa UMNO tak buat acara yang lebih besar ? Orang nak buat baik, biarlah.
Post a Comment