PEMUAS NAFSU…Nadia mengaku dua kali beri layanan seks di rumah
Berlusconi (gambar kecil).
ROME: Silvio Berlusconi sekali lagi dikaitkan dengan skandal seks apabila seorang
pelacur elit mengaku diupah untuk memuaskan nafsu Perdana Menteri
Nadia Macri, 28, berkata dia pernah ditiduri Berlusconi sebanyak dua kali dan
dibayar hampir RM45,000.Tidak cukup dengan itu, Nadia juga mengejutkan
banyak pihak apabila mendakwa pernah melihat negarawan berusia 74 tahun
itu mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dalam jacuzzi.
Pendedahan itu diperoleh ketika Nadia memberi keterangan kepada pihak
berkuasa yang menyiasat dakwaan Berlusconi menghadiri pesta seks dan dadah
di vila peribadinya, baru-baru ini.
Menurut Nadia, dalam parti dihadiri Berlusconi, wanita yang ada memang
ditawarkan marijuana, selain bahan itu memang sentiasa tersedia dalam pesawat
rasmi perdana menteri itu
Sementara itu, peguam bagi Belusconi, Niccolo Ghedini, menafikan dakwaan itu.
Katanya, jika memang ada kenyataan seperti itu dibuat terhadap Berlusconi, ia
dinafikan secara tidak langsung oleh kenyataan beberapa saksi sebelum ini.
“Semua majlis dihadiri Berlusconi dilangsungkan dengan teratur,” katanya.
Sebelum ini, Nadia memberi keterangan panjang lebar – sehingga 300 mukasurat
- mengenai Berlusconi dan maklumat itu diperoleh media.
Melalui kenyataan itu, Nadia mengaku mengadakan hubungan seks dengan
Berlusconi sebanyak dua kali di rumah pemimpin Itali itu.
Selain wang tunai, dia turut dihadiahkan pelbagai barang kemas.
Baru-baru ini, Berlusconi turut dikaitkan dengan seorang penari gelek dari
Maghribi, Karima Keyek, 18.
Dalam usaha mengendurkan perhatian kepadanya, semalam Berlusconi berkata:
“Lebih baik kita berasa ghairah kepada wanita cantik daripada menjadi gay.”
METRO
Post a Comment