Label 10

Home » » woOO PENCURI DUIT ANAK YATIM MEMALI SUDAH D KETAHUI ?? tuiHH !!

woOO PENCURI DUIT ANAK YATIM MEMALI SUDAH D KETAHUI ?? tuiHH !!

Written By AAKJ on Sunday, June 26, 2011 | 9:01 PM

Sambung lagi kisah penyelewengan Tabung Memali oleh Pas. Jika semalam saya telah berkongsi dengan anda bagaimana seksanya anak-anak yatim Memali perlukan wang untuk belajar sedangkan wang untuk mereka beratus-ratus ribu telah dikutip oleh Pas.

Hari ini pula saya nak berkongsi dengan anda kisah bagaimana pemimpin Pas menggunakan wang Tabung Memali untuk tujuan lain.

Pada tahun 1997 ada seorang 'korporat' dari KL datang ke Memali dan berjumpa dengan seorang pemimpin Pas. Dalam perjumpaan dengan pemimpin Pas itu, 'korporat' berkenaan telah berjanji akan melaburkan beberapa juta untuk projek pembangunan Madrasah Islahiah Diniah Memali, iaitu sekolah yang ditubuhkan oleh Ibrahim Libya.

Dalam perbincangan tersebut, selain daripada berjanji jutaan ringgit untuk madrasah tersebut, 'korporat' itu juga berjanji akan memberikan kepada pemimpin Pas berkenaan RM 1 juta sebagai pemberian peribadi.

Bagaimana pun 'korporat' itu berkata wangnya masih berada di Singapura dan dalam proses untuk dibawa masuk ke Malaysia. Untuk sementara waktu 'korporat' berkenaan meminta pemimpin Pas itu membiayai beberapa kosnya terlebih dahulu. Antaranya, kereta ,rumah dan keperluan hariannya.

 
Kerana telah terpesona dengan tawaran RM 1 juta untuk dirinya lalu pemimpin Pas itu tanpa berlengah panjang menggunakan wang dari Tabung Memali lalu membelikan sebuah kereta Merchedes 230 untuk 'korporat' berkenaan. Selain kereta, wang Tabung Memali juga digunakan untuk menyewa sebuah rumah serta membeli dua buah peti besi untuk menyimpan wang yang bakal dibawa masuk dari Singapura.

Sebuah peti besi diletakkan di rumah korporat itu, manakala sebuah lagi diletakkan di rumah pemimpin Pas berkenaan. Nak dapat duit RM 1 juta lah katakan, mesti bersedia dengan peti besi.

Pas langsung tidak meminta izin atau memaklumkan kepada balu-balu dan anak-anak yatim yang berkenaan sebelum menggunakan wang milik mereka (balu dan anak yatim) untuk diberikan kepada 'korporat' itu.

Adakah anda masih hendak percaya lagi kepada serban,jubah,ketayap atau mulut-mulut yang disulami ayat Quran dan hadis pemimpin-pemimpin Pas ?

Kalau duit anak yatim pun mereka boleh kelepek, apa lagi kalau duit negeri atau negara ?

Akhirnya Pas ditipu oleh 'korporat' berkenaan, dan wang anak-anak yatim serta balu Memali lenyap begitu sahaja.

Kalau berceramah atau berucap dalam parlimen bukan main lagi. Mereka sahaja yang suci, mereka sahaja yang jujur dan mereka sahaja yang bersih. Tapi yang sebenarnya merekalah adik beradik iblis.

Cukup setakat ini dahulu untuk kali ini. Akan datang saya akan berkongsi dengan anda pula kisah seorang pemimpin Pas dan keluarganya pergi ke Mekah dipercayai menggunakan wang Tabung Memali.

Tiga bulan lagi pun tak akan habis kisah dari buku berkenaan untuk saya kongsikan dengan anda di sini. Banyak perkara-perkara yang kita tidak tahu selama ini terkandung di dalamnya. Lebih manis lagi apabila buku berkenaan ditulis oleh seorang ahli Pas seumur hidup yang kini menetap di Kampung Memali.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku berkenaan, sila hubungi nombor dibawah untuk urusan pembelian dan penghantaran kepada anda.

012 621 3431-Azran

Harga: RM 26.00 sebiji termasuk kos penghantaran bagi kawasan KL, PJ dan Shah Alam.

RM 30.00 untuk kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain.
 
TQRBF
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger