Thursday, August 15, 2013

Agenda Kristian : Serangan keatas umat Islam di Malaysia


Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”

Jelas di dalam Al-Quran telah disebutkan bahawa orang kafir terutamanya Kristian dan Yahudi tidak akan berpuashati sehinggalah seluruh umat Islam tunduk kepada mereka. Ini dapat dilihat sejak dari zaman bermulanya Islam sehinggalah sekarang. 

Orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetap dengan misi utama mereka iaitu untuk melihat umat Islam berpaling arah dan mengikut cara hidup mereka. Peperangan dan tentangan golongan Yahudi dan Kristian keatas umat Islam telah berlangsung beribu tahun lamannya. Namun begitu, dengan tamatnya perang Salib, umat Islam telah alpa dengan kemenangan yang telah dicapai oleh panglima agung Islam, Sultan Salahuddin Ayubi. 

Kemenangan ini hanya dapat dicapai apabila semua umat Islam bersatu padu tanpa memikirkan ideologi dan pelbagai fahaman setiap kumpulan atau individu yang mengaku dirinya Muslim. Apabila Jerusalem (Baitul Maqdis) telah dapat ditawan oleh tentera Islam, umat Islam di seluruh dunia mula alpa dan orang kafir pula sibuk mencari tempat di dunia. 

Lantas, mereka menjelajah sambil menakluk hati dan perasaan umat Islam. Umat Islam pada ketika itu kuat dari sudut ketenteraan dan kekuatan fizikal. Orang-orang Islam telah tersilap dengan menyangka serangan yang akan dilancarkan oleh musuh-musuh Islam adalah dengan peperangan. Sedangkan musuh-musuh Islam di seluruh dunia menggunakan pelbagai cara alternatif untuk mempengaruhi umat Islam dalam bentuk yang lebih halus. Di Malaysia, agenda pemansuhan Islam telah dilaksanakan apabila Portugis/British/Belanda menjejakkan kaki di Malaya. 

Apabila penaklukan mereka gagal untuk mengubah iman dan akal umat Islam di Malaysia, maka mereka menghantar pula pendakwah-pendakwah mereka untuk menyusupkan ideologi Kristian di dalam pendidikan moden Malaya. Namun begitu, usaha mereka hambar apabila ibubapa Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mubaligh mempersiapkan anak-anak mereka di rumah dengan ilmu agama yang mencukupi sehigga tidak ada pun anak Melayu yang tergoncang iman mereka dek penangan layanan mesra para mubaligh. 

Orang Melayu “kebal” dengan hasutan para mubaligh, ini kerana sifat orang Melayu yang lemah lembut tetapi cekal hati yang telah menyebabkan ramai mubaligh-mubaligh ini pulang ke negara mereka dengan tangan kosong. Kini Malaysia telah dilanda dengan serangan baru puak Kristian dan musuh-musuh Islam yang lain. Oleh kerana mereka tahu umat Islam di Malaysia sangat mudah untuk diprovokasi, mereka melaksanakan perancangan halus yang akan mengubah seluruh senario keagamaan di Malaysia. 

Seperti kata-kata Datuk Ambiga Seevanesan “Saya berani bercakap pasal Islam, kerana PAS bersama saya” jelas menunjukkan, golongan Kristian dan musuh Islam di Malaysia sedang menggunakan teknik terbaru yang akan melaga-lagakan umat Islam di Malaysia agar Kristian dapat berkuasa di Malaysia. 

Apabila sesuatu golongan yang dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai pejuang agama Islam memberikan sokongan kepada golongan yang menentang Islam secara terang-terangan dan halus, apa yang boleh dikatakan oleh umat Islam di Malaysia? Ada khabar angin yang mengatakan bahawa selepas tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara Kristian dan semua masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh Malaysia akan dijadikan Gereja. 

Perkara ini tidak pasti samada benar atau tidak, namun angin yang membawa khabar itu cukup kencang sehingga apabila siasatan dibuat, sememangnya ada perjumpaan paderi-paderi besar Kristian yang membincangkan kemungkinan yang serupa. Ini semua berlaku apabila umat Islam berpecah belah dan membenci antara satu sama lain. 

Sekiranya seluruh umat Islam di Malaysia bersatu, tidak akan ada seorang pun orang KAFIR di Malaysia yang berani mengangkat kepalanya dan bertindak biadap kepada Islam dan umatnya. Penghinaan demi penghinaan telah dilemparkan kepada umat Islam di Malaysia. Ramadhan yang lepas, pasangan Kristian Alvin dan Vivian telah mengeluarkan gambar yang mengajak umat Islam untuk berbuka puasa dengan hidangan khinzir. Diletakkan pula logo halal di dalam gambar tersebut. 

Terbaru, sebuah surau di Johor telah dijadikan tempat sembahyang agama Buddha. Ini merupakan satu penghinaan yang amat dasyat untuk umat Islam di Malaysia. Di mana golongan yang sibuk menceritakan bahawa merekalah pejuang Islam di Malaysia. 

Di mana golongan yang sering menggunakan kitan Allah untuk mencari publisiti murahan dan meraih undi? Dimana golongan yang mengatakan kerajaan Malaysia ini kafir dan zalim, hanya kerana pemimpin tidak memakai serban, berjubah dan berjanggut? Golongan ini hanya duduk diam kerana mereka telah diikat oleh orang-orang Kafir dan mereka juga akan sentiasa menentang pemimpin Islam di Malaysia. 

Kesimpulannya, apa yang telah sedang orang Kristian, Yahudi dan golongan musyrikin lain adalah kesinambungan usaha untuk menghancurkan Islam oleh nenek moyang mereka. Umat Islam patut sedar bahawa mereka akan menggunakan apa jua cara untuk menghancurkan agama suci ini. Oleh itu, golongan “ulama’” yang memberi perlindungan kepada Kristian, Yahudi dan kafir musyrikin yang sedang giat menyerang Islam di Malaysia haruslah berhenti dari memberi bantuan kepada mereka. 

Jangan kerana politik mereka sanggup menggadaikan iman dan masa depan anak cucu mereka. Golongan ini perlu sedar, serban dan jubah mereka tidak akan menyelamatkan mereka daripada azab Allah yang menunggu mereka di Alam Barzakh, apabila pengkhianatan mereka terhadap agama Allah akan dinilai dan dihukum. Ingatlah! Orang Kafir tidak sesekali akan berhenti dari mencari jalan untuk menhancurkan agama Islam di bumi Malaysia. Ingatlah!

No comments:

Post a Comment