NAMPAKNYA ‘tentera’ Red Bean Army (RBA) kini semakin ghairah mahu melebarkan sayap mereka walaupun pelbagai pihak mula membongkar modus operandi kumpulan itu.
Lihat gambar di atas, ia satu signal yang jelas dan terang yang RBA tidak mahu tunduk, atau lebih tepat lagi, tidak hairan dengan apa saja amaran yang diberikan kepada mereka.
Mereka mula menggunakan pelbagai nama untuk bergerak dan nama di atas tidak mustahil merupakan salah satu cara untuk mengaburi masyarakat mengenai apa yang sedang mereka lakukan ketika ini.
” Marilah berkerja sama untuk mempromosikan konsep Impian Malaysia dengan melibatkan diri dalam aktiviti komuniti di luar bandar dan luar siber, sila daftar di sini, ” kata iklan itu.
Sekali imbas ia kelihatan ‘biasa-biasa saja’, namun kalau ditafsir secara lebih luas ia seolah-olah menjemput lebih ramai orang di luar sana untuk menjadi sebahagian daripada bala tentera RBA atas nama ‘Ejen Impian’.
Untuk rekod, RBA adalah kumpulan cybertaroppers DAP yang berfungsi untuk menyerang,menghina ,mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno
Ia didedahkan sendiri oleh bekas ‘orang kuat’ RBA iaitu Shen Yee Aun.
Menurut Yee Aun, kumpulan itu ditubuhkan khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan masyarakat kononnya Pakatan diterima oleh majoriti rakyat.
Mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan ‘kejam’ oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina.
Gambaran yang cuba diberikan, kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional.
Yang pasti, kerajaan tidak boleh lagi membiarkan RBA terus ‘ghairah’ menghayunkan papan kekunci mereka dengan tanpa ada rasa bersalah biarpun ia jelas menyalahi undang-undang di negara kita.
Jangan sampai pisang berbuah dua kali, jangan sampai telunjuk naik ke mata.
Siasat iklan di atas. Siasat dalang di sebalik semua ini.
RBA masti dimusnahkan dulu aktiviti mereka sebelum mereka terus memusnahkan serta memecah-belahkan keharmonian yang selamat ini erat terjalin di dalam masyarakat kita-mynewshub
Post a Comment