Label 10

Home » » Bekas Ratu Malaysia Bakal Bergelar Billionaire !!

Bekas Ratu Malaysia Bakal Bergelar Billionaire !!

Written By AAKJ on Saturday, July 6, 2013 | 8:51 PM


Bekas Ratu Malaysia Bakal Terima RM2.3 Bilion!

Seorang bekas ratu cantik Malaysia berpeluang untuk memperoleh pampasan cerai termahal di Britain sebanyak 500 juta (RM2.3 bilion) selepas berpisah dengan suaminya yang bertaraf jutawan.
Pauline Chai (gambar), 66, yang tinggal di bekas rumah mereka di kawasan seluas 404 hektar di Hertfordshire, menuntut separuh harta Khoo Kay Peng, antara ahli perniagaan terkaya Malaysia.
Kes mula didengar kelmarin di Mahkamah Tinggi di London. Khoo, 74, mahu kes itu dibicarakan di Malaysia.
Ini kerana di Britain beliau mungkin bertanggungjawab ke atas 50 peratus kekayaannya tetapi di negara kelahirannya, Khoo tidak perlu menyerahkan jumlah sebesar itu.
Peguam Khoo, Tim Bishop, memberitahu Mahkamah Tinggi jika kes terbabit diteruskan di Britain, ia akan meningkatkan reputasi negara itu sebagai ibu negara perceraian di dunia, lapor The Times.
Undang-undang memerlukan seseorang berada di negara itu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memfailkan petisyen cerai.
Bishop berkata, jika seseorang dibenarkan datang ke England selama tiga bulan, mengeluarkan petisyen palsu dan kemudian mengeluarkan petisyen kedua apabila berjaya.
Namun, peguam Chai, Richard Todd, berkata anak guamnya bertindak mengikut undang-undang.
Chai kini mahu memfailkan petisyen kedua menunjukkan beliau memenuhi kriteria itu melepasi keraguan.
Khoo, Pengerusi Malaysian United Industries, mempunyai harta di London, Kuala Lumpur dan Sydney.
Beliau turut mempunyai saham 40 peratus dalam Laura Ashley yang mencatat jualan 286 juta (RM1.3 juta) setahun, selain menjadi pengarah Corus Hotels Limited yang memiliki 10 hotel termasuk Hotel Corus Hyde Park.
Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak, membeli hartanah di Hertfordshire termasuk koleksi haiwan pelik dan dua tasik buatan bernilai kes 60,000 (RM285,000) setiap satu. – AGENSI

Corus Hyde Hotel

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger