Label 10

Home » , » Ada Keraguan Isu Pemilikan Bumiputera Dalam Projek Datum Jelatek - Noh Omar

Ada Keraguan Isu Pemilikan Bumiputera Dalam Projek Datum Jelatek - Noh Omar

Written By AAKJ on Saturday, July 6, 2013 | 11:00 AM



Datuk Seri Noh Omar hari ini mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek pembangunan Datum Jelatek, yang disifatkan sebagai tidak menjaga kepentingan dan hak bumiputera.

"Sama ada Menteri Besar Selangor tahu atau tidak apa yang dia cakap...dia tahu ke perancangan di Datum Jelatek ni. Di dalam projek jelas di sana ada empat blok.

"Soalnya hari ni bila MB mengatakan bahawa dia minta 50 peratus daripada 300 unit itu dijual, hari ini dengan bangganya Bumiputera telah berdaftar.

"Kalau ada 337 unit, ia merujuk kepada dua blok. Macamana dengan dua blok lagi?,"soalnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini.

Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan projek pembangunan Datum Jelatek diberi keutamaan kepada pembeli Bumiputera dengan kuota tidak kurang daripada 50 peratus diperuntukkan kepada mereka.

Menteri Besar juga turut menolak dakwaan bahawa pemilikan hartanah di kawasan projek pembangunan mewah itu diberikan kepada rakyat asing.
Namun, tegas Noh yang juga ahli Parlimen Tanjong Karang kenyataan Abdul Khalid menegaskan keutamaan diberikan kepada pembeli Bumiputera mencetus pelbagai keraguan serta berbeza dari maklumat yang diperolehinya.
Ujar Noh, ini kerana projek pembangunan Datum Jelatek itu mempunyaiempat blok dengan bilangan unit melebihi 600, sedangkan Menteri Besar hanya menyebut dua blok dengan 337 unit.
Noh berkata dua blok telah berjaya dijual kepada pembeli asing dan hanya tinggal dua blok sahaja jualan dibuka kepada bumiputera.
Noh berkata sekiranya projek pembangunan itu diteruskan, ini bermaksud Abdul Khalid tidak menghayati dan memahami 10 tonggak janji beliau kepada Sultan Selangor, antaranya menjaga hak orang Melayu dan kaum lain.
"Sekiranya projek ini diteruskan, saya lihat MB tidak dapat memahami dan menghayati sepuluh tonggak aku janji beliau kepada DYMM Sultan Selangor supaya menjaga hak Melayu dan kaum lain," jelas beliau.
Projek Datum Jelatek di atas tapak 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek itu melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah dengan harga seunit hampir sejuta ringgit, selain hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.
Pembangunan Datum Jelatek dengan nilai pembangunan kasar RM1.2 bilion itu dirancang sejak 2010.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger