Thursday, June 13, 2013
Tokey Bas Express Ugut Kerajaan BN !!! Batalkan Sahaja Permit Mereka..!
Kerajaan Najib Abdul Razak sekarang ini menerima tekanan dari pelbagai pihak. Dan terlalu banyak pihak juga yang cuba mengambil kesempatan dan berasakan, akhirnya Najib akan tunduk kepada tuntutan mereka.
Terbaru, pengusaha-pengusaha bas ekspres pula menjadi puak yang cuba mengambil kesempatan. Syarikat-syarikat bas ekspress enggan menjual tiket tempahan pada Julai dan Ogos selagi kerajaan tidak memberikan kata putus berhubung kenaikan tambang.
Kadar kenaikan tambang yang dituntut pula adalah sebanyak 30%. Alasan biasa yang diberikan ialah, KENAIKAN KOS!
Ini bukan masalah luar biasa. Ini masalah biasa. Ini masalah yang sepatutnya telah lama diselesaikan terutama apabila SPAD menggantikan LPKP.
Masalah bas ekspress adalah sama seperti teksi-teksi bandar bermeter. Pengusaha-pengusahanya berkepala besar. Perkhidmatan yang diberikan pula, tidak pernah menepati kehendak dan keperluan pengguna. Ditambah pula dengan penguatkuasaan yang bersikap sambil lewa.
Kenaikan tambahan 30% pastinya akan membebankan pengguna. Mengambil kesempatan kerana cuti perayaan bukanlah sesuatu yang asing kepada pengusaha-pengusaha bas ekspres. Dengan layanan yang diberikan kepada mereka, dengan permintaan melebihi penawaran pada musim-musim perayaan, pastinya kemarahan rakyat kepada kerajaan akan bertambah meluap-luap.
Wajarkah kerajaan melayan tuntutan pengusaha-pengusaha bas ekspres yang memberikan alasan keuntungan sebagai menghalalkan tuntutan mereka?
sumber
Jika tak cukup hari raya ambik truk tentera..angkut kejap sebelum dan selepas..dpt juga duit bagi keluarga tentera..memang la sakit bdn takpe la nak balik kg..hehehe sampai bila org nak buat..cina kan duittt aje
ReplyDeleteJika tak... bagi kebenaran teksi bandar kl selangor beroperasi sebelum dan selepas raya..
kena segera fikirkan cara lain..kerajaan sewa jer bas kilang atau bas persiaran.kita boikot syarikat2 bas ekspress ni
ReplyDelete