Lima syarikat pengeluar kenderaan telah mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka. Penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan model keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.
Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagaian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2017.
Menurut Institut Automotif Malaysia, penurunan harga kereta secara mendadak tidak dapat dilakukan kerana ia akan memberi kesan negatif terhadap harga kenderaan terpakai, pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank, pengusaha industri kereta terpakai dan institusi perbankan yang memberi pinjaman.
No comments:
Post a Comment