Tuesday, June 11, 2013

Melayu Yang Beli IPO Air Asia-X Adalah Pengkhianat

images (33)


Air Asia X membuat keputusan untuk memberhentikan iklannya dalam Utusan Malaysia hanya kerana Utusan Malaysia bertanya apa lagi orang Cina di Malaysia mahu daripada kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Pengarah Eksekutif Air Asia X, Azran Osman, bukan sahaja meluat dengan Utusan Malaysia yang banyak memperjuangkan kepentingan Melayu tetapi juga sanggup mengumumkan pemberhentian iklan syarikatnya dalam Utusan Malaysia. Seperti kata Awang Selamat (Utusan Malaysia), bukan iklan Air Asia X sahaja, iklan Air Asia sendiri pun sebenarnya tidak sebesar mana kepada Utusan. Iklan komestik lebih besar daripada iklan Air asia.

Sehingga hari ini Azran yang dikatakan berkawan baik dengan Khairy Jamaluddin mendapat sokongan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz. Bagaimana jawatan pengerusi Air Asia X yang tidak seberapa boleh membeli jiwa raga Rafidah adalah sesuatu yang sangat menghairankan.

Sehingga hari ini Azran masih belum meminta maaf. Bukan Utusan terlalu besar tetapi Azran sebenarnya alat menjahanamkan hak-hak orang Melayu.

Hari ini Air Asia X melancarkan Tawaran Awam Awal (IPO) bagi penyenaraian Air Asia X Berhad ke Bursa Malaysia. Kita tidak mahu memburukkan Air Asia X Berhad kerana mereka bukan sahaja ada kekuatan wang ringgit tetapi juga kekuatan politik. Tapi membeli IPO ini akan memberi kekuatan kepada pengkhianat Melayu seperti Azran terus berkuasa dan berleluasa.

Justeru percayalah, laman ini akan mendedahkan setiap nama Melayu yang membeli tawaran IPO Air Asia X Berhad ini. Mereka yang membeli IPO ini merupakan pengkhianat kepada perjuangan Melayu dan Islam di Negara ini.

Sama-sama kita tunggu nanti siapakah pengkhianat-pengkhianat ini.


1 comment:

  1. yer ker, berani dedAH, BERAPS RATUS ORG YG BELI NANTI

    ReplyDelete