Sunday, June 16, 2013

Mat Sabu Dakwa Lokap Jadi Tempat Pembunuhan?



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutama kepada kaum India.

Beliau mendakwa, ia adalah bukti institusi awam itu telah rosak, justeru rakyat perlu bangkit untuk menentang dan menjatuhkan pemerintahan yang ada sekarang.

Dakwanya, ia juga bukti kerajaan tidak membela nasib kaum India, terutama dengan pelantikan pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dalam barisan Kabinet meskipun pertubuhan itu pernah menentang kerajaan sebelum ini.

"Baru-baru ini ada tawanan mati di dalam lokap, sudah banyak kali berlaku tahun ini. Sekarang pembunuhan banyak berlaku di mana? Di balai polis tempatnya terutama kaum India.

"Jadi sesiapa sahaja kaum India, sebelum dibawa ke lokap, mengucaplah apa ikut kepercayaan kamu. Ini keadaan institusi awam Malaysia, semuanya telah rosak, oleh itu kita harap rakyat berkumpul untuk nyatakan tidak puas hati.

"Saya berjumpa dengan seorang pemimpin MIC, dia kata malang orang India tak dapat jawatan, sebaliknya Hindraf yang menentang UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) dapat menjadi timbalan menteri," dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan Blackout 505 di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini malam tadi.

No comments:

Post a Comment