Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menyokong cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah supaya kerajaan mewujudkan Akta Derhaka bagi melindungi institusi diraja negara ini.
Presidennya, Dzulkarnain Taib menganggap akta itu wajar dilaksanakan dengan segera berikutan perkembangan tidak sihat kebelakangan ini yang menyaksikan penularan budaya menghina, mengkritik serta mencemuh raja-raja Melayu melalui media sosial.
“KWMM mendesak kerajaan menyegerakan penggubalan Rang Undang-Undang Derhaka di Dewan Rakyat. Akta Derhaka pasti dapat memantapkan pemahaman serta komitmen rakyat kepada prinsip-prinsip rukun negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Dzulkarnain berkata, Akta Derhaka juga diharap dapat menjadikan rakyat Malaysia lebih taat dan setia kepada raja, menyanjung tinggi Perlembagaan Negara, menghormati undang-undang dan menanam nilai-nilai moral yang mulia berlandaskan adat dan budaya timur.
Menurutnya, KWMM juga berpandangan Akta Derhaka yang dicadangkan tersebut perlu melihat kepada perundangan berhubung ‘Les Mejeste’ yang dikuatkuasakan di Thailand bagi melindungi kedaulatan institusi raja di negara tersebut.
Jelas beliau, langkah itu Ini perlu dalam menjamin keutuhan institusi diraja sebagai lambang kedaulatan, payung keamanan, pelindung hak rakyat serta paksi keadilan di negara ini.
“Penggubalan Akta Derhaka dapat menangani sikap biadap yang ekstrim yang dipamerkan melalui komen, percakapan serta penulisan oleh individu serta pihak yang jahil,” katanya.
Media semalam melaporkan Mohd. Noor mencadangkan Akta Derhaka diwujudkan bagi membendung penularan gejala menghina institusi diraja yang semakin serius kebelakangan ini.
Beliau turut mencadangkan agar hukuman minimum kepada pesalah jenayah menderhaka kepada raja itu nanti mestilah ditetapkan tidak kurang daripada dua tahun penjara.
Kata Mohd. Noor, undang-undang derhaka kini terletak di bawah cabang Akta Hasutan 1948 sedangkan perbuatan menghasut dan menderhaka kepada raja adalah dua perbuatan berbeza.
Bertaubatlah admin
ReplyDeleteHang tak suruh nuor bertaubat..hang tak suruh org pas bertaubat..byk fatwa tu.
DeleteCakap lain perbuatan lain. Hang tak suruh LGBT bertaubat. Hang tak suruh org yg beri laluan murtad bertaubat. Hang tak suruh org gadaikan kalimah Allah bertaubat..ya la org pakatan dijamin masuk syurga.
Puak -puak Umnoporno dulu yang memulakan utk mengurangkan kekebalan raja-raja yg dipelopori Mamak Kutty madir yg anak nya ada share arak. bangang punya penulis. Sendiri berak , lepas tu bagi tahi kat orang , tak ke celaka perbuatan ni?
ReplyDeletecuba faham betul2.tun M mengurangkan kekebalan raja2 maksudnye raja bole dihukum.disebabkan kes prebet Adam.menhina lain.ade dengar lg tak raja memukul atau membuli secara fizikal lagi tak?
DeleteTu lah bodoh bangang penyokong pembangkang..ni kurang ajar biadap.. Org kata otak dia kata lutut...org kata akal dia kata nafsu..
DeleteOrg fikir guna akal..dia guna lutut dan kaki. Heii bangang sebelum hina org..nuor tu keturunan apa..atuk dia india hindu betul. Ada selama ni pemimpin Umno kutuk atuk dia. Dia sendiri tak pernah citer asal usulnya apasal..
India Muslim yg dtg berdagang dr India sejak dulu memang dah muslim dr India. Lebih dulu dtg dr cina kui. Tapi mereka takde pulak nak merampas tanah Melayu. Bahkan berkahwin dgn org Melayu.
Hang bangsa apa..kalau tak kerana dr tun.. Taklah hang kaya jadi Melayu lupa diri. Atuk hang ke yg maju Malaysia ni. Nak hina org tengok jasa hang apa..melalak kat jlnraya kat stadium.
Nak tunjuk baik..citer fitnah basi pasal arak masih nak diguna..ooii bangang pi cari maklumat..jgn baca harakah aje..bukak paper lain..
DeleteLama lama kebal hang ada kunci syurga pun tak laku byk sgt fitnah..kena mintak kunci baru kat tok guru hang..
Anom 12.32. Wa rasa lu lagi mengong laaa... itu madir bikin dulu sbb bukan saja raja yg suka bikin hal yg buatkan rakyat jadi marah...itu anak2 raja pun raja pun rsa ada kuasa mcm bapak dia..... boleh maki hamun rakyat.... terkadang tu pak kulup raja pun ambil kesempatan gunakan kuasa raja... fahami konsep raja berpelembagaan yg digunapakai negara ini... tabik spring kat raja nazrin....
ReplyDelete