Wednesday, June 12, 2013

Laporan Polis Terhadap Timbalan Pengerusi SPR, Dakwaan Menghasut Rakyat ?


Menjelang saat- saat akhir untuk mengemukakan petisyen berhubung Pilihanraya Umum 13 yang lepas semalam, seorang pengundi, Mohd Azlan Sharif ke balai polis sekali lagi bagi membuat laporan, kali ini beliau mendakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar menghasut rakyat mengumpul bukti.

SUMBER

Tahniah admin ucapkan kepada pemuda ini kerana berani untuk menegakkan kebenaran sehinggakan tercetusnya 8 laporan polis berhubung perlaksanaan PRU13 oleh SPR.

Namun begitu pada pandangan admin, untuk berlaku lebih adil kepada semua rakyat tanpa bersikap pilih bulu terhadap penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, admin cadangkan supaya laporan yang sama turut ditujukan kepada pengendali laman facebook yang menggunapakai nama Pakatan Rakyat apabila turut sama mengajak rakyat mengumpulkan bukti berhubung dakwaan yang dilakukan Rafizi Ramli.

SUMBER

Pendedahan yang dilakukan berhubung pengendali laman facebook tersebut yang mengajak rakyat turut serta mencari bukti kesalahan yang dilakukan BN dan SPR diterbitkan pada 05 Jun lepas.

Kenapa ia tidak dikepilkan sekali sebagai satu laporan polis?

Apakah ini salah satu sikap assobiyah tanpa sempadan yang dihalalkan terhadap penyokong Pakatan Rakyat?

Kenapa pula laporan polis yang kononnya bermotifkan mencari kebenaran hanya melibatkan SPR dan BN? Kesalahan Pakatan Rakyat ditutup sebelah mata? Inilah yang dinamakan sebagai "double standard" ajaran Pakatan Rakyat.

Inilah kesannya apabila pemikiran mereka telah diliwat oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Semuanya yang salah dikatakan betul, asalkan berada disebelah mereka.

Mungkinkah skandal mereka hanyalah mahu menanamkan kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional dan SPR?

No comments:

Post a Comment