Monday, June 17, 2013

Kerajaan Kelantan Tidak Pedulikan Keselamatan Warga Pondok !! Terdedah Risiko Maut Terbakar !

Pondok Di Kelantan Berisiko Tinggi Berlaku Kebakaran


KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengakui tahap keselamatan di pondok-pondok pengajian agama negeri ini adalah rendah dan berisiko tinggi berlaku kebakaran.

Ketua Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Wan Hassan Wan Idris berkata melalui tinjauan yang dilakukan terutama di Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh di sini mendapati keadaan pondok tersebut tiada laluan kecemasan selain kelengkapan alat pemadam kebakaran yang tidak mencukupi.

“Ruang antara dua bangunan terlalu sempit dan menyukarkan pergerakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Selain itu, kelengkapan alat pemadam kebakaran dan pili bomba juga tidak disediakan di pondok berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di madrasah tersebut hari ini.

Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan pemantauan di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kebakaran seperti pondok.

Justeru, Wan Hassan menasihatkan pengasas pondok di seluruh Kelantan supaya lebih sistematik menguruskan pondok dan sentiasa mementingkan aspek keselamatan penghuninya.

“Apa yang boleh kita bantu ialah menjalankan pemeriksaan selain menasihatkan pengasas dan penghuni supaya melengkapkan alat pemadam kebakaran serta memastikan tahap keselamatan pondok sentiasa dalam keadaan terjamin,” katanya.

Katanya penghuni juga dinasihatkan agar tidak melakukan pendawaian elektrik tanpa merujuk kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau pakar serta memastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bocor.

Semalam, seorang pelajar, Aiman Nur Hakim Yahaya, 13, dari Maahad Tahfiz  Al-Barakah di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah maut manakala dua lagi cedera selepas rumah yang dijadikan asrama terbakar. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment