Muka tak malu!
Itulah yang boleh diperkatakan tentang gelagat para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR dan DAP yang terus mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana kononnya tidak menjalankan tugas dengan jujur dan telus.
Alasan mereka, PRU-13 dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan taktik untuk memenangkan Barisan Nasional. Tuduhan-tuduhan mereka pula, kononnya sangat kukuh dan telah membuktikan bahawa SPR memang telah mencabuli tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Hakikatnya, yang gagal sebenarnya adalah mereka sendiri. Segala tuduhan yang dilemparkan, langsung tidak dapat dibuktikan dengan baik. Bahkan segala tuduhan berkenaan, akhirnya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya yang jadi pembohong, penipu dan pemerdaya.
Setakat ini, tiada satu bukti pun yang menunjukkan segala tuduhan yang dilemparkan adalah benar belaka.
Para pecacai Pakatan Rakyat cuba semula memainkan isu dakwat kekal untuk menunjukkan bahawa SPR menipu, justeru mewajibkan Pengerusi SPR meletakkan jawatan atau didakwa kerana berbohong dan seterusnya dipenjarakan.
Namun dakwat kekal sebenarnya bukanlah sesuatu perlu dipertikaikan pun. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan mereka yang telah dicalitkan dakwat kekal, mengundi dua atau tiga kali. Pembuktian yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pula, semuanya melebihi jam 5:00 petang di mana proses pengundian telah pun selesai.
Dari awal lagi, TAKTIK DAKWAT KEKAL telah didedahkan oleh pelbagai blog dan portal pro-kerajaan. Dari awal lagi juga telah didedahkan bahawa Pakatan Rakyat akan cuba menjadikan dakwat kekal sebagai kaedah terbaik untuk menunjukkan PRU13 adalah pilihanraya yang paling tidak adil dan penuh penipuan. Dan akhirnya terbukti, segala pendedahan tersebut adalah benar belaka. Pakatan Rakyat memang mahu menimbulkan huru-hara dan mencari jalan untuk memprotes bagi kekalahan mereka.
Kaedah biometrik yang sekarang ini digunakan secara meluas di lapangan-lapangan terbang antarabangsa di seluruh dunia, bahkan dalam sistem pilihanraya di seluruh dunia, telah ditentang sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Kata mereka, sistem biometrik tidak akan berkesan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan lebih mudah.
Akhirnya, SPR memilih untuk mengikut kehendak Pakatan Rakyat. Sistem biometrik yang dicadangkan lebih awal, ditolak ke tepi dan dakwat kekal dipilih untuk digunakan. Pakatan Rakyat melompat seronok sebab jerat mereka telah mengena.
Tidak ada dakwat kekal yang akan kekal selama-lamanya kecuali dicacah di bawah kulit. Apatah lagi dakwat kekal yang digunakan dalam PRU di Malaysia buat julung-julung kalinya itu, berasaskan air yang sudah tentu tidak akan bertahan selama dakwat kekal berasaskan minyak dan alkohol yang digunakan oleh negara-negara dunia ketiga lain.
Sekarang, dakwat kekal itulah yang sedang dipertikaikan. Dakwat kekal itulah yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk membatalkan kemenangan Barisan Nasional walaupun pada masa yang sama, memelihara kemenangan mereka walaupun membabitkan dakwat kekal.
Tiada lagi cerita tentang 40 ribu orang pendatang asing yang diimport khas oleh UMNO-BN untuk menjadi pengundi hantu. Tiada lagi cerita tentang pesawat-pesawat khas yang mendarat di lapangan terbang di seluruh negara. Tiada juga cerita tentang bas-bas yang digunakan untuk mengangkut pengundi-pengundi hantu itu.
Lebih menarik lagi ialah, cerita tentang Blackout yang menjadi asas kepada himpunan besar-besaran yang sedang dirangka dan dirancang oleh Pakatan Rakyat, juga enggan diperkatakan memandangkan tiada mana-mana pihak dari kalangan Pakatan Rakyat terutama yang menang dalam PRU lalu mahu membuat laporan polis berhubung blackout.
Anehnya, di sebalik semua tuduhan yang tidak berasas itu, Pakatan Rakyat masih cuba untuk menunjukkan yang mereka betul. Berbanding membuktikan bukti-bukti dan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan, mereka melalak dan mendesak agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.
Walhal yang sepatutnya meletak jawatan, tutup mulut dan menyerah diri untuk dipenjarakan adalah para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim yang kuat menyalak sampai ke luar negara tetapi gagal menunjukkan bukti atas segala tuduhannya.
Si haron din tua kutuk dan bomoh ni ejen iblis lah kot
ReplyDeleteDia ni tadde apa2 pun sumbangan ke arah pembangunan Islam..takpayah lah nak bergelar ulamak..pengecut dan munafiq
ReplyDelete