Sunday, June 16, 2013

“Hantu-Hantu” Di GLC Kedah Akan “Dibotolkan” Secepat Mungkin…






Kadang-kadang “letih” juga bila lihat perangai puak-puak PAS yang tak tahu malu. Sudah kalah tu, sudahlah. Tapi tetap menebalkan muka menempel enggan meletak jawatan lantikan politik mereka di beberapa GLC di Kedah.

Sebenarnya, bukan sedikit puak-puak PAS mengimplankan kroni-kroni mereka di dalam GLC-GLC Kerajaan Negeri Kedah selama lima tahun mereka mentadbir negeri Jelapang Padi itu. Boleh dikatakan habis mereka “ratah” jawatan-jawatan yang ada…

Dulu ketika di awal zaman jajahan PAS di Kedah, parti pak lebai kulup itu menempatkan kroni-kroni mereka ke jawatan-jawatan strategik di dalam GLC-GLC tersebut. Mereka isi seberapa banyak jawatan yang ada secara lantikan.

Maklumlah, semua individu lantikan BN meletak jawatan sebaik saja PAS menjajah Kedah…

Namun, mungkin tak puas hati dengan jawatan lantikan politik yang ada, mereka “ada-adakan” jawatan dan jabatan baru bagi mengisi sanak saudara, isteri, adik, kakak, abang dan sepupu sepapat mereka di GLC-GLC tersebut.

Bukan saja secara di jawatan-jawatan lantikan politik yang dibuat secara kontrak, mereka serap seberapa banyak kroni-kroni mereka di GLC-GLC tersebut ke jawatan tetap. Penuh GLC-GLC di Kedah dengan puak-puak “hijau”.

Bukan apa, kalau yang dilantik dan diambil bekerja itu mempunyai kelayakan yang sewajarnya, saya fikir mungkin mereka punya alasan untuk berbuat demikian. Sekurang-kurangnya mereka menitik beratkan profesionalisme dan kualiti pekerja.

Masalahnya, kebanyakkan yang dilantik dan diberikan kerja itu lebih dari separuh tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya. Adakah patut dilantik seorang bekas eksekutif bank sebagai Presiden sebuah taman teknologi bertaraf dunia? Agak-agaklah sikit..kan?

Bila BN mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dari jajahan PAS, tiba-tiba mereka-mereka yang dilantik secara lantikan politik itu enggan meletak jawatan. Bila diberikan notis 6 bulan perletakan jawatan, Kerajaan BN dituduh zalim dan mereka nak saman GLC terbabit…

Agak-agaklah sikit. Tak tahu malu, kah? Kalau jawatan lantikan politik, maka buatlah cara “gentleman”, letaklah jawatan bila PAS kalah di Kedah! Takkan itu pun tak tahu fikir sendiri? Sanggup bermuka tembok menebalkan diri pada BN?

Siapa kata mereka tahu malu? Salah seorang dari mereka misalnya buat muka tak malu hadir ke majlis kesyukuran MB Kedah di Sri Mentaloon dan cuba membodek Datuk Mukhriz Mahathir. Dia fikir Datuk Mukhriz tak tahu siapa dia?


Mukanya terpampang di poster “ceramah tolak BN” sebagai penceramah PAS yang mengutuk BN. Nak tipu apa lagi? Dia patut sedar diri. Cari kotak di supermarket dan kemas barang-barang di pejabat sebelum serahkan surat perletakan jawatan secara terhormat…

Bukan apa. Saya percaya “peninggalan-peninggalan PAS Kedah” di dalam GLC di anak-anak syarikat kerajaan negeri itu dipercayai menjadi “hantu penanggal” yang menyalurkan informasi dalaman kerajaan BN Kedah kepada PAS.

Beberapa informasi sebelum ini dikesan bocor ke tangan puak-puak PAS. Maknanya, ada “hantu penanggal PAS” yang menyampaikan maklumat berkenaan. Kalau maklumat itu sahih lainlah cerita. Masalahnya, maklumat yang disampaikan itu palsu dan berbaur fitnah!

Persoalannya, apakah wajar “hantu-hantu” itu dibiarkan bermaharajalela? Pada saya, mereka perlu “disekolahkan” dengan tindakan-tindakan disiplin yang sewajarnya. SOSMA dan OSA boleh digunakan sebaik mungkin bagi mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, mana-mana lantikan politik di dalam GLC itu perlu ditekan sehabis mungkin dan ditamatkan kontrak mereka secepat mungkin. Bukan apa, ramai lagi golongan profesional yang dilihat mampu membangunkan Kedah semula selepas dirosakkan rejim PAS Kedah.

Saya yakin, walau apa pun yang berlaku selepas ini, barisan Exco dan MB Kedah yang baru mendapat mandat dari rakyat Kedah itu mampu mengatasi masalah “hantu-hantu” itu. Hanya tunggu masa dan ketika saja untuk mereka “disemadikan di dalam botol”..kan?


4 comments:

  1. nampak sangat blogger ni pecacai umno!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah meroyan ke nak kena pecat..dulu tak sabo pecat org..abis tukaq org..org Umno.steady aje bebbbb

      hang jawatan apa kat sana..tu ada bisnes baru suppply kotak..

      Delete
    2. non apasal bongok hang ni..dah tau tanya pulak...ini kan blog Melayu Umno.. bukan pakatan..

      kebenaran harus diungkap..takut terbongkar.semua..syiuh syiuh pi blog hang
      Asyik citer fitnah aje..lagi dahsyat komen org dia aje..komen org Umno dibuang padahal bukan biadap memberitahu citer sebenar...takut org tau..tuiii

      Delete
  2. tu sanggup buat apa saja..muka dah terpampang masih buat tak tau..memang serupa tapi bukan saya..hehehe

    ni mesti tunjuk ari ari baca utusan...atas meja pasti ada utusan..dulu nak muntah.sekarang sayang..kalau boleh nak letak utusan berlonggok atas meja..hahaha

    gaji mahal bebbbb...abisssssss

    ReplyDelete