Exco Kerajaan Tempatan bagi Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Teng Chang Khim begitu bangga memberitahu bahawa dia mempunyai “tonik mujarab” bagi membendung kegiatan maksiat yang berleluasa di negeri jajahan rejim pembangkang itu.
Katanya, dia punya idea bagi mengatasi masalah maksiat di negeri pimpinan Khalid Ibrahim itu ekoran pertumbuhan rumah-rumah urut di seluruh Selangor dan bercambah hingga berjumlah beribu-ribu “lemon”!
Dengan serius dan bangga dia berkata, dia akan mengesyorkan pada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetatkan undang-undang rumah urut di negeri itu di mana tukang urut lelaki hanya dibenarkan mengurut pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.
“Saya ada idea ini… untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki…Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci,” – Exco Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Teng Chang Khim, 17 Jun 2013.
Saya ketawa besar mendengar “idea bernas” dari Chang Khim ini. Boleh pula dia buat lawak tentang perkara begini? Lelaki urut lelaki, perempuan urut perempuan. Peraturan ini dilaksanaka untuk selamatkan perniagaan DAP yang paling menguntungkan di Selangor, kah?
Ketika membayangkan saranan Chang Khim itu, saya terbayang muka Anwar Ibrahim yang menyeringai tersengih-sengih mendengar “idea” tersebut. Rasanya, “idea” tersebut mampu membuat air liur Anwar meleleh..!
Saya tidak pasti sama ada Chang Khim itu mengikuti perkembangan semasa atau tidak. Tapi untuk pengetahuan Exco itu, undang-undang “bernas” darinya itu akan membuat golongan LGBT yang ada di Selangor melompat kegirangan.
Mungkin selepas ini golongan laknatullah itu akan berpindah dan bertumpu di Selangor dan menjadikannya sebagai “sarang” kegiatan tidak bermoral mereka. Bayangkan lelaki gay diurut lelaki dengan minyak urut atau lebih tepat lagi, KY Jelly…apa akan jadi seterusnya?
Chang Khim perlu tahu bahawa Exco terdahulu, Ronnie Liu bersusah payah menarik pelabur-pelabur maksiat itu untuk bertapak di Selangor. Jenuh dia membela mereka siang dan malam dari serbuan Hasan Ali dan JAIS. Tiba-tiba Chang Khim nak “potong jalan”?
Rasanya Chang Khim perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock. Chang Khim suka peristiwa itu berulang? Berapa batang lilin yang Chang Khim mahu dinyalakan untuknya?
Exco Kerajaan Tempatan Selangor itu perlu tahu bahawa apa saja cara yang dia lakukan, ia tidak akan mengurangkan jumlah premis rumah urut haram yang tumbuh di Selangor. Mengatur rumah urut mengikut jantina tidak akan menjadikan sebuah premis haram kepada premis berlesen, bukan?
Patutnya, Chang Khim akur dengan undang-undang tabii manusia bahawa apa jua jenis maksiat boleh berlaku sewenang-wenangnya di rumah-rumah urut berkenaan. Sama ada maksiat secara “straight” atau LGBT, ia sama sekali salah dari sudut agama mahupun moral manusia normal.
Chang Khim juga perlu tahu bahawa mengurut tidak sama dengan memotong rambut. Di Kelantan, memang boleh diasingkan lelaki potong rambut lelaki dan sebaliknya mengikut jantina. Tapi kalau bab urut, ia melibatkan aurat lelaki dengan lelaki!
Kalau benar Chang Khim mahu membendung maksiat dari terus berlaku di Selangor, dia sepatutnya arahkan semua PBT supaya sita dan tutup semua pusat-pusat urut haram berkenaan secepat mungkin. Mana yang ada lesen, usah perbaharui lesen tersebut.
Kalau betul nak bendung maksiat, Chang Khim boleh anjurkan bengkel atau kelas mengurut bagi untuk suami isteri. Ajar suami urut isteri dan begitu juga sebaliknya. Teknik mengajar pun perlu ada batasnya supaya kekal bermoral dan berfaedah untuk pasangan yang hadir.
Bagi yang belum berumahtangga, rasanya tak payahlah mereka mengurut. Kalau terseliuh kaki, mereka boleh jumpa tukang urut tradisional. Kalau patah, boleh jumpa tukang urut patah. Dan kalau sakit-sakit badan, boleh saja ke hospital untuk dapatkan rawatan.
Tak payah mengada-ngada nak buat dosa, kan?
No comments:
Post a Comment