Sunday, June 9, 2013

Gani Patail & Khir Toyo Ada "Deal" Tersembunyi Yang Rakyat Tidak Tahu ?


ghani_khir


PENULIS bersetuju jugak dengan cadangan seorang rakan mengenai sikap kurang profesional Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail bila bercakap tentang kes Dr.Khir Toyo.

Sememangnya sejak kes ini bermula, Ghani Patail nampaknya begitu gemar membalas kenyataan Khir Toyo berhubung perjalanan kesnya.

Nak kata memang ini prosedur standard – Peguam Negara perlu membalas kenyataan orang yang di dakwa, tak mungkin, sebab nampaknya hanya Dr. Khir saja yang dapat ‘layanan’ istimewa Peguam Negara. Ramai orang lain yang disabitkan dengan kesalahan (orang politik) buat kenyataan di media dan Internet, tak pulak dibalas oleh Ghani – dengan segera pula tu!!

Terutama pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Rafizi dan semuanyalah. Seolah-olah ada perlindungan istimewa kepada orang-orang ini.

Penulis tidak ingat, bila kali terakhir ada sesiapa di kalangan orang kena tuduh (OKT) di negara kita ini yang dikenakan hukuman kerana menghina Mahkamah – dalam konteks mengeluarkan kenyataan semasa kes masih berjalan. Rasanya tidak pernah, maaf kalau tersilap, tapi hasil carian penulis memang tidak ada.

Kalau ikut pengalaman penulis, pemimpin-pemimpin pembangkang bebas berbicara tentang hukuman atau sabitan yang dikenakan ke atas mereka tanpa halangan dan kekangkangan dari pejabat Peguam Negara.

Maka itu sebagai rakyat yang membayar cukai untuk menampung gaji Ghani Patail, penulis nak bertanya, apa istemewanya Dr. Khir di mata Tan Sri sehinggakan setiap kenyataannya di media mendapat reaksi yang begitu pantas.

Daripada Tan Sri membuang masa menjawab kenyataan Dr. Khir, adalah lebih baik Tan Sri utamakan kes rayuan liwat Anwar Ibrahim bulan depan. Prestasi timbalan pendakwaraya dibawah pimpinan Tan Sri benar-benar mengecewakan rakyat, melihat kepada banyaknya kes yang kalah atau dibuang begitu sahaja.

Tambahan pula, penulis yakin kalau Anwar disabitkan kesalahan dalam kes tersebut, Tan Sri pasti mendapat berkoyan-koyan kutukan dari Anwar dan bala tentera sibernya di Internet.

Tak kira media cetak lagi tu.

Jangan salah, artikel ini adalah berbentuk pertanyaan atas anamoli yang begitu ketara dalam soal layanan istimewa Peguam Negara ke atas De. Khir. Penulis tidak sama sekali menyentuh perjalanan kes yang dijalankan, dan yang seumpama dengan itu.

Kena terangkan dengan jelas sebab sudah ada di kalangan rakyat yang confius. Zaman hari ini rakyat (terutama penyokong pembangkang), lebih gemar percaya cerita bohong dari cerita betul.

1 comment:

  1. Hakim Islam peguam Islam..jika kafir tak heran takde pegangan..mmm.mungkin byk sgt kad dah dipegang...kad apa ya..main poker kad dilempar utk menang..

    Ni kad dipegang disimpan utk apa ya??? Deal deal deal deal

    ReplyDelete