Saturday, June 8, 2013

Detail Pertemuan Muhyiddin Dengan Blogger UMNO Dalam Minit Mesyuarat PKR ?


Mesyuarat koordinasi Online Media PKR tak jadi mesyuarat. Jadi medan gosip yang maha hebat.

Ada beberapa isu yang dibawa oleh Pengerusi Mesyuarat semalam, antaranya adalah perubahan kiblat kalangan bloggers pro-UMNO menjelang pemilihan UMNO. Menurut ceritanya, DPM Muhyiddin Yassin sudahpun bertemu dengan kalangan bloggers pro-UMNO – yang dikatakan semakin hilang sabar dengan apa yang berlaku dalam politik negara pada ketika ini.
Perjumpaan di Bangsar itu dikatakan oleh Pengerusi, adalah perjumpaan hati ke hati. Bloggers tak puas hati. Banyak benda yang mereka tak puas hati.
Jawatankuasa Strategik Penerangan yang dipengerusi oleh Nik Nazmi akan memberikan fokus kepada beberapa program lain. Sementara pertembungan pemikiran antara bloggers UMNO, hanya perlu diperhatikan dari jauh.
Antara penumpuan yang diberikan oleh team Online Media PKR:-

- Perhimpunan 505 (yang akan diteruskan. Koordinasi akan dilakukan oleh Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan Radin Shamsulkamar). Fund akan terus disalurkan daripada HQ.
- Tribunal rakyat yang dianjurkan Bersih (Ambiga)
- Fiesta Rakyat (Che’gu Bard – hujung Mei 2013, Padang Amcorp Mall)
- Serangan berterusan kepada SPR
- Serangan berterusan kepada KDN
- Sidang akhbar Rafizi (akan dijadikan program utama online media)
- Youtube Media Rakyat diberikan peruntukan tambahan
- Serangan peribadi kepada Mukhriz (akan dipertingkat dalam masa 2minggu-1bulan)
- Serangan peribadi terhadap KJ (ongoing)
- Memburukkan Kabinet Najib (ongoing)
- Najib vs. Muhyiddin?
Mesyuarat tidak mengambil ketetapan apa pun, sekadar melaporkan apa yang akan diberikan perhatian dalam masa 3 bulan akan datang.

Pelik juga, details pertemuan DPM Muhyiddin dan blogger UMNO boleh jadi agenda dalam mesyuarat PKR. Siapa bagi info?

No comments:

Post a Comment