Himpunan membantah keputusan pilihan raya ‘Blackout 505 ‘ perlu dihentikan pemimpin PR kerana mereka telah mengubah fikiran untuk tidak memboikot acara angkat sumpah dan sidang Parlimen.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, adalah tidak logik lagi bagi pemimpin pembangkang meneruskan himpunan itu yang disifatkan menyusahkan rakyat.
“Sekarang kalau sudah tukar fikiran, tidak logik untuk teruskan Blackout 505 kerana tiada alasan lagi mengatakan wujud penipuan, lagi pun petisyen sudah dibuat.
“Patutnya hentikan himpunan 505 kerana perkara ini sudah jadi bertentangan jika diteruskan kerana mereka (pembangkang) tidak jadi boikot angkat sumpah dan mahu hadir seperti biasa ke Parlimen,” katanya.
Katanya, jika pemimpin pembangkang utamakan tanggungjawab mereka, sepatutnya tidak mengheret rakyat demi mencapai matlamat politik.
“Bagus dibatalkan sahaja himpunan itu kerana rakyat sudah letih dengan sandiwara Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sudah sudahlah, jangan susahkan rakyat lagi.
“Orang sudah jelek, letih, jemu, jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Tumpukan tugas sebagai wakil rakyat,” katanya.
Himpunan Blackout 505 anjuran pembangkang yang menjelajah ke seluruh negara bermula tiga hari selepas pilihan raya pada 5 Mei lalu, menjadi acara jelajah ke setiap negeri bagi menyatakan bantahan mereka terhadap keputusan pilihan raya. – Sinar Harian
Dah malu...buat muka tebal..terpaksa la berlakon..kalau tak buat kena kutuk dgn org Umno....kah kah kah
ReplyDelete