Monday, June 10, 2013

Azhar Idrus Maju Setapak Lagi Selepas Berbini 3 !! Kali Ini Jadi Pelakon Filem ?


Mampuslah...Azhar Idrus kini tengah sibuk menghafal dialog untuk memegang satu watak utama dalam filem pertamanya bertajuk..Ustaz, Mung Tunggu Aku.

Kejar glamour nampak!!! Biasalah orang kalau pernah merasa dunia glamour, kalau tak tobat sungguh-sungguh pasti terkenang kembali saat manis ketika leka dilambung dunia sebagai artis waima sebagai gitaris simpanan.

Nampaknya lepas berbini muda ni, seolah-olah Azhar Idrus ingin mengembalikan semula zaman glamournya bagi mengimbangi kemudaan bininya yang baru. Yelah...dia pun tak naklah nanti dikatakan sebagai terlalu tua untuk bininya yang baru.

Filem arahan Pierre Andre yang baru insaf dan kini katanya giat dalam tabligh. Tabligh ke Pas? Tak payahlah nak sembunyi-sembunyi lagi Andre..kalau dah teringin sangat nak masuk Pas tak de siapa nak marah. Mungkin juga Pierre takut nak mengesahkan yang dia masuk Pas bimbang-bimbang filemnya tak laku. Jadi dia katalah masuk tabligh.

Bagi Azhar Idrus kenapa nak bergiat dalam lakonan, kan ke baik kalau dia tubuhkan kumpulan nasyid dengan loghat Terengganu. 

Ke ustaz ada angan-angan nak cukupkan kuota? Bila dah tambah bini ni perbelanjaan pun makin meningkat dan kena adil, jangan lupa yang tu. Bagi menampung perbelanjaan kenalah sang ustaz menceburkan diri dalam dunia lakonan. Mana tahu selain dapat tambah pendapatan dan glamour, ada anak-anak dara yang taksub dengannya terbuka hati untuk menjadi teman sehidup semati Azhar.

Jadi seruan penulis kepada pembaca diluar sana, kalau rasa nak tambah bini, cuba-cubalah berlakon menjadi ustaz, confirm ramai anak-anak dara yang akan bersedia menerima lamaran anda tanpa sebarang soal.  

1 comment: