Tuesday, May 21, 2013

Tahniah !! Anak-Anak Felda Pecah Rekod Dunia Menawan Everest !!


Lima daripada tujuh pendaki Everest-Felda 2013 dilaporkan berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia yakni Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut pukul 10.15 pagi tadi.
Perkara itu disahkan kepada oleh Penasihat Projek Everest Felda 2013 , Datuk Akmar Hisham Mokhles.
“Alhamdulillah mereka berjaya tiba dengan selamat dan dua pendaki lagi dijangka tiba dalam tempoh setengah jam lagi ke puncak,” katanya.
Kata beliau, dua pendaki yang belum tiba adalah Ketua Pasukan, Siti Hanisah Sharuddin dan seorang jurulatih.
Ekspedisi anjuran Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta mendapat tajaan dari Felda dan Felda Global Ventures Holding (FGVH).
Ekspedisi itu diketuai oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Untuk Rekod :
1) Pendaki Malaysia Paling Muda Ke Puncak Everest
2) Pendaki Wanita Islam Termuda Di Dunia Sampai Ke Puncak Everest
3) Pasukan Expedisi Terbesar Malaysia Sampai Ke Puncak
TAHNIAH GUYS !!!!

akmar hisham

Gambar – Akmar Hisham (kiri) memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada peserta Projek Everest Felda 2013 sebelum berlepas ke Nepal di KLIA baru-baru ini.
GAMBAR  Utama – PENDAKI anak Felda (dari kiri) Mohd Asyraf Mohd Halim, Mohd Nasuha Shamsudin, Ketua Pendaki, Siti Hanisah Sharuddin, Myrza Fasha Md Hamyrudin dan Muhammad Hafizudin Ibrahim bersama pendaki sokongan (belakang) bersemangat selepas menerima Jalur Gemilang bagi menghadapi cabaran Ekspedisi Everest Felda 2013 di Putrajaya, hari ini. – Foto BERNAMA

1 comment:

  1. tahniah semua..terbukti anak melayu juga hebat

    ReplyDelete