Wednesday, May 1, 2013

#PRU13 : Kapalterbang Yang Bakal Membawa Pengundi Sabah Ke Selangor Di Temui


GEMPARRR...Pesawat Bawa 'Pengundi Hantu' Sabah Ke Selangor Ditemui!

Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, risikan mereka mendapati UMNO telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara.
Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT).
“Dari pemantauan terdapat penerbangan khusus yang dibuka bagi maksud tersebut dan pendaratan dilakukan bukan di lokasi biasa seperti KLIA dan LCCT tetapi di kawasan tertentu,” katanya tanpa menjelaskan lanjut dakwaan itu kelmarin.
Sebenarnya kita tak kisah kalau Khalid nak kata apa sekali pun terhadap UMNO kerana memang lumrah parti pembangkang di Malaysia ini itulah kerjanya – mencari salah orang tetapi bukan salah sendiri.
Cuma sebagai seorang tokoh korporat yang berpelajaran tinggi dan kini menyandang jawatan Menteri Besar, kita mengharapkan dakwaan dan hujah beliau perlulah bernas dan bukan bersifat bodoh serta sebengap ini.
Kita cukup ‘bangga’ kalau Khalid dapat memberi bukti atas dakwaannya itu, bukan setakat bercakap berdegar-degar dekat mikrofon kemudian balik ke rumah dan tarik selimut.
Bukan apa, kita tak mahu beliau dilihat semakin BANGANG DAN MERACAU menjelang pilihanraya Ahad ini.
Kita tidak mahu nanti sepasukan paramedik dari Tanjung Rambutan dan Tampoi datang ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap dirinya kerana berita sebegini pasti mengundang ‘bencana’ terhadap jentera dan parti politik yang dinaunginya itu.
UMNO juga boleh menuduh Khalid membawa 1,000 pemuda India naik tongkang dari Chennai untuk mengundi di Bandar Tun Razak atau Selat Kelang tempat Khalid bertanding, tetapi mereka tak sanggup untuk menipu rakyat seperti mana Khalid lakukan terhadap mereka.
Sebenarnya BUKAN SUSAH pun untuk membocorkan ‘misi sulit membawa pendatang Sabah’ ini kalau benar-benar ia berlaku.
Kapal terbang bukanlah sejenis pengangkutan kecil macam Honda EX5 sehingga kehadirannya tidak dapat dikesan radar, dan kalau betul pengundi Sabah ni dah sampai, sudah tentu kita dapat tahu mana hotel tempat mereka menginap dan sebagainya.
Lainlah kalau UMNO tenderkan kerja-kerja itu kepada Ayah Pin. Sebab di Malaysia hanya Ayah Pin yang dakwa dirinya mengetuai Kerajaan Langit…pasti dia ada ‘mekanisma’ untuk terbangkan pengundi Sabah untuk ke Selangor ini.
Dalam hal ini, betullah kata Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Zin bertanya bagaimana hendak menyembunyikan satu operasi pemindahan pengundi secara besar-besaran begitu.
“Ini macam memindahkan tujuh batalion ke Sabah,” katanya.
Katanya pesawat yang membawa pengundi yang ramai itu perlu mendarat di sesuatu tempat.
“Misalnya di KLIA atau LCCT.Selepas itu kamu kena kumpul mereka,bawa mereka dengan pengangkutan dan kemudian tempatkan mereka dalam rumah.Adakah anda lihat sebarang pergerakan begitu di Selangor? ”
Zin berkata mana mungkin ia boleh disorok.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sendiri naik bingung mendengar dakwaan Khalid itu.
Beliau sendiri berpendapat ia mustahil dilakukan.
“Mana boleh? mustahil. Saya tidak percaya bahawa seseorang boleh tempah tiket dan terbangkan orang Sabah atau Sarawak, atau dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak (begitu saja),” katanya.
Aziz berkata pengundi yang berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain perlu melalui beberapa proses dan memaklumkan kepada SPR sekiranya mereka menukar alamat dan mahu mengundi di kawasan berkenaan.
Katanya proses pilihan raya juga memperuntukkan tempoh bantahan selama dua minggu selepas senarai pengundi yang dipindahkan dipapar kepada umum, sebelum perubahan itu diwartakan.
“Kamu tak boleh mudah-mudah bawa orang dengan kereta, atau bas, atau kapal terbang begitu sahaja, kecuali mereka pergi melancong,” katanya.
APAPUN kita doakan agar Khalid tidak terus-menerus tinggal di dunia paranoidnya.
Ahad ini kita akan tunjukkan pada beliau apa yang dimaksudkan dengan realiti, apa yang dimaksudkan dengan fantasi.
Yang penting sekali, kalau beliau memerlukan ubat penenang atau pil psikotropik, hospital kerajaan boleh sediakan padanya secara percuma, tanpa perlu bayaran tambahan!

2510 khalid ibrahim-

4 comments:

  1. BN tak sebpdoh kau la khalid...ko sendiri ckp sabah akan katih ke PR bodohla klu BN bw diaorg undi di selangor bagus diaorg undi di Sabah tuk selamtkan Sabah dr jatuh ke PR....bodoh betul fikoran ko...lg satu ratusan ribu yg nak dibawa tu memerlukan beratus kapal tp cara ko ckp mcm blh muat sebuah kapal je mcm swnang sgt tuk dibuat...bodohnua fikiran ko....ko MB negeri plg maju di Msia patutnya fikiran kp cerminkan itu tp bl ko ckp isu ini fikiran ko mcm ada sesuatu yg blh dipertikaikan tahap keintelektualan ko..berfikir dulu sebelum ckp...

    ReplyDelete
  2. puak2 nie sebenarnya menghina intelektual rakyat Msia yg mereka sangka sebodoh & sebebal pengikut2 mereka..

    ReplyDelete
  3. Nasib pak gagap tak kata angkut pakai kapai selam... hahaha

    ReplyDelete
  4. Lawak tul la ko ni khalid! Ckp ikut sedap mulut jer! Tgk muka pun dh serabai! "̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ =D

    ReplyDelete