Wednesday, May 1, 2013

#PRU13 : Dokumen 27 Bidang Tanah Milik Nik Aziz & Isteri ! Manusia Terkaya Di Malaysia ?!



Foto di atas hanyalah 1 daripada 5 muka surat butiran tanah milik bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil carian ke atas Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mendedahkan Nik Aziz Nik Mat dan isteri telah memiliki 27 bidang tanah sekitar bandar Kota Bharu dengan jumlah keluasan lebih kurang 4 ekar setiap satu.

Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas ini sebenarnya memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu.

Selain Nik Abdul Aziz Nik Mat, isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Zuhudkah aku? 14 tanah yang didaftarkan atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat disertakan di bawah:







Baca seterusnya d SINI

2 comments:

  1. tlglah kaji btol2, tanah2 tu milik PMBK lah!

    ReplyDelete
  2. kalau ya pun..tu kan org Melayu....kalau Cina ada tanah, ko x kisah ker? Esok kalau dah byk tanah Cina punya, jadi cam Singapura, baru ko tahu nasib org Melayu camner...gunakanlah akal....lagipun tanah Malaysia nie, bukan sesiapa punya, milik Allah jua....kita sesame bangsa wajib bantu-membantu....patutla cina besar kepala skrg, salah org Melayu gak.....wallahualam

    ReplyDelete