Friday, May 3, 2013

#PRU13 : "Akhirnya Kepada Tuhan Kita Berserah.." - PM Najib


Akhirnya Kepada Tuhan Kita Berserah - Najib Tun Razak


” Tidak dinafikan kita memang ada kekurangan…kerana kita bukan sempurna”…itulah antara baris ayat yang kerap disebut Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negara ini.

Ia menzahirkan pengakuan jujur dan tanpa berselindung bahawa ada kelemahan di pihak kerajaan.
Sudah berulang kali juga kita mendengar beliau memohon maaf kepada rakyat meskipun kadang kala kelemahan atau kekurangan tersebut bukan datang dari beliau sendiri.
Pada masa yang sama, kita turut melihat Najib berusaha melakukan transformasi bermula dari dalam parti hingga kepada kerajaan.
Segala aspek cuba diperbaiki.
Kesimpulannya boleh dirumuskan seperti berikut; Najib mengakui berlaku kelemahan tetapi pada masa yang sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan.
Kejujuran dan kerja keras adalah sesuatu yang seharusnya kita hargai. Ia adalah ciri-ciri yang agak sukar dicari dalam diri seorang pemimpin.
Justeru, kalau kita berfikir sejenak, sudah tentu kita boleh menilai antara permata dan kaca… Antara yang jujur dan antara yang sekadar pandai berkata-kata…
Kita sudah ada seorang pemimpin yang bekerja keras untuk kemajuan dan kemakmuran negara ini…pada masa yang sama, beliau juga memohon maaf kepada kita andai kerajaannya ada melakukan sebarang kesilapan sekali gus melambangkan sifat merendah dirinya.
Sempena hari pengundian yang akan berlangsung pada 5 Mei ini, mungkin ada baiknya kita imbau kembali segala usaha yang telah dilakukan oleh insan yang bernama Najib ini.
Beliau telah menyerahkan jiwa dan raganya demi negara yang bernama Malaysia. Beliau juga telah cuba melakukan yang terbaik dan hasilnya, kita terus dilimpahi dengan keamanan dan kemakmuran. Dan perpaduan rakyat pula, menjadikan kita terus bertambah maju dan jaya.
Perjalanan kita sebagai sebuah negara dan bangsa masih jauh…namun kita beruntung kerana dipimpin seorang nakhoda yang bagus lagi diyakini…
Marilah kita bertekad untuk sama-sama berdiri teguh menyokong perjuangan beliau dengan mengekalkan kerajaan yang terbukti kewibawaannya.
Ketika pembubaran Parlimen baru-baru ini, Najib pernah berkata, ‘akhirnya kepada tuhan kita berserah’…betul…beliau sedang mencuba sebaik mungkin…kita pula memberikan sokongan yang sebaik mungkin…namun akhir sekali itulah dia….kepada tuhan kita berserah…Selamat Mengundi.

-mynewshub

5 comments:

  1. SEbelum beliau jadi PM, saya sangka beliau macam tipikal poltician, yg suka habiskan masa berpoya-poya... buat kerje banyak suruh assistants aje.

    Tp selepas beliau jadi PM, saya cuba kira berapa hari dalam setahun dia ambil untuk pi bercuti dengan keluarga. Orang taraf dia tentu akan bercuti di luar negara. Tp AMAT JARANG sangat saya tak dengar kisah dia di TV. He is everywhere everyday 7 days a week!
    Saya tak anggap waktu dia bawa Rosmah pergi attend summit atau trade meetings di luar negara sebagai bercuti. Mustahil!

    I've never seen or known any PM who had worked as hard as he has. I wish I could say to him, Sir, you need to take a break. At least 1 week. Go somewhere with your wife, son and daughter. We the rakyat can take care of the country for one week.

    I hope BN wins and I hope one day, he will take that break... he deserves it... his family deserves it.

    Saya juga tertarik dan kagum dengan BN campaign manager this time. Jadual DS Najib dan TS Muhyiddin cukup well-organised and syncronised.

    Well done! Benar kata Najib. Kita berserah kepada Allah. Sekiranya Allah mahu Najib untuk terus memimpin Malaysia, insya-Allah... tiada revolusi yg dapat mengubahnya.

    ReplyDelete
  2. Itu yang kita mahu, pemimpin yang sentiasa SEDAR.

    ReplyDelete
  3. Benar sekali, Allah swt lah penentu segalanya. Usaha dan ikhtiar telah dilakukan, doa pun sudah dipanjatkan, akhirnya bagi Allah swt lah segala urusan. DSN mungkin tak sehebat Muhammad Al Fateh r.ah. apatah lagi Umar Bin Abdul Aziz r.a. tp saya yakini ada kejujuran dan keikhlasannya dlm memperjuang dan memperbaiki nasib rakyatnya kerana itu saya yakini Allah swt memberi pertolongan kpdnya. Semoga Allah swt merahmati dan mengampuni kita semua sepanjang kita menjalani kehidupan dan sepanjang kempen PRU ini. Kpd saudara saudara kita di pihak yg satu lagi, saya mengharapkan terimalah juga apa pun keputusannya nanti, buang yg keruh ambil yg jernih, bidok berlalu kiambang bertaut, PRU berlalu sengketa dilupa, umat kembali bersatu.

    ReplyDelete
  4. segala usaha telah dilakukan.... kini berdoa dan bertawakkal... yang pasti, kita umat Islam.. sesama melayu usah berpecah. apabila sesama islam bercakaran.. anasir asing dan jahat akan mudah masuk.

    ReplyDelete
  5. terbaik...

    kita doakan agar Malaysia dterus dipimpin oleh BN..

    Ya Allah kau hancurkan DAP & PKR..
    Ya Allah kau satukan org islam di Malaysia.. UMNO dan PAS perlu bersatu atau bekerjasama..

    Islam hanya boleh tertegak sepenuhnya di Malaysia kalau org islam bersatu!!!!

    Allahu Akbar!!!!!
    Hidup BN

    ReplyDelete