Monday, May 13, 2013

Pencapaian Undi Popular Dap Jauh Ketinggalan Berbanding Undi Popular BN !!








MULA-MULA macam tidak percaya, tapi itulah faktanya, DAP hanya dapat 15.7% undi popular saja dalam pilihanraya umum yang lepas. Walaupun 15.7%, parti itu masih dapat 38 kerusi parlimen, mengatasi PKR (20.39%) dan PAS (14.78%).

Kalau ikut putar belit Anwar Ibrahim (siapa dapat undi popular paling tinggi, parti itu yang menang), dari segi undi popular ini PKRlah seharusnya yang dapat lebih kerusi dari DAP, tapi kenapa berlaku sebaliknya? DAP pulak yang dapat 38 kerusi sementara PKR hanya 30?

Sebab, system pilihanraya kita berasaskan kemenangan parlimen atau DUN, bukan undi popular. Kerajaan yang dipilih pun berasaskan jumlah majoriti DUN dan parlimen, bukan undi popular.

Dan kalau undi popular sekali pun, BN masih mendahului dengan 47.38% undi berbanding PKR, PAS dan DAP. Jadi layaklah BN menang sebab undi dia jauh lebih banyak.

Yang jadi kecoh sekarang sebab Anwar pandai-pandai gabungkan undi ketiga-tiga parti pembangkang (DAP, PKR dan PAS) dan gelar itu Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Pakatan Rakyat tidak bertanding dalam pilihanraya umum yang lepas, tapi masing-masing PKR, DAP dan PAS.
Sila baca selanjutnya d SINI

1 comment:

  1. Orang cina Penang sokong DAP.
    Orang melayu Kelantan sokong PAS.

    Terbukti TIADA PERSEPAKATAN LANGSUNG wujud dalam pentadbiran 2 negeri ini . PAS bentuk exco sendirian begitu juga DAP hanya beri ihsan satu kerusi wakili melayu itupun milik PKR. Apa justifikasi PR sbg satu parti sedangkan pentadbiran mereka dinegeri negeri yg majoriti menyumbang kerusi adalah diperintah secara sendirian. Cuba lantik wakil DAP jadi Timb. MB Kelantan tengok apa jadi..

    ReplyDelete