Tuesday, May 14, 2013

"Manifesto Bukan Janji" - PM Najib Wajib Kaji Semula AKUJANJI !!


BUKAN satu dua kulit kepala yang digaru (walaupun tidak gatal) setelah mendengar keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak permohonan 2,020 ibu-ibu tunggal di Selangor yang menuntut janji Manifesto pembangkang tahun 2008.

Banyak, paling tidak 2,020 kepala. Penulis yang tidak terlibat pun garu kepala juga, sudah 2,021.

Kita bukan kisahkan sangat tentang alasan perundangan yang diberikan, tapi memikirkan nasib rakyat setelah undang-undang sendiri mengesahkan Manifesto tidak wajib dilaksanakan.

Bagaimanapun, sebagai penyokong parti yang menghormati insitusi kehakiman, kita harus menerima keputusan ini dengan lapang dada dan memikirkan agenda seterusnya untuk memastikan rakyat mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak kepada mereka. 


Mungkin ada peluang untuk keputusan ini dirujuk ke Mahkamah yang lebih tinggi – Mahkamah Persekutuan.

Atau paling tidak, semakan kehakiman oleh panel hakim yang lain.

Walaupun kini, diikut dari segi perundangannya, manifesto tidak lagi menjadi satu janji yang wajib dilaksanakan, penulis yakin kerajaan BN akan tetap melaksanakan janji-janji dalam Manifesto yang lepas kerana kewajiban melaksanakan janji adalah salah satu dari tuntutan dalam agama Islam.

Apa mahkamah nak sebut, itu mahkamah punya hal, yang penting pada kita sekarang tuntutan agama itu wajib kita ikut untuk mengelakkan pemimpin-pemimpin BN hari ini digelar sebagai pemimpin munafik.

Selanjutnya baca d SINI

No comments:

Post a Comment