Putrajaya: Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan seorang ketua jabatan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita dipercayai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang juga teman sepejabatnya di sebuah rumah, di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 54 tahun itu masih berstatus suami orang serta mempunyai tiga anak, manakala wanita berusia 31 tahun itu berpisah dengan bekas suaminya awal Januari lalu dan mempunyai seorang anak.
Sumber berkata, perbuatan lelaki terbabit yang sering ke rumah wanita itu, terutama pada hujung minggu, mengundang rasa curiga penduduk, sekali gus melaporkannya kepada Bahagian Penguat Kuasa JAWI Putrajaya untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.
“Berikutan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa JAWI Putrajaya bergegas ke sana jam 2.30 pagi tadi (semalam) sebelum menahan mereka.
Gambar hiasan
“Anggota penguat kuasa JAWI memberi salam, mengetuk pintu beberapa kali serta menunggu setengah jam sebelum ia dibuka seorang wanita lengkap berpakaian seluar panjang dan memakai baju lengan panjang,” katanya ketika dihubungi.
Sumber berkata, pemeriksaan pegawai penguat kuasa JAWI menemui seorang lelaki lengkap berseluar panjang dan berkameja T lengan pendek dalam rumah itu.
“Anak perempuan wanita terbabit berusia empat tahun turut berada di rumah berkenaan dan tidur ketika pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JAWI.
“Pihak berkuasa kemudian menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke Ibu Pejabat JAWI, Kompleks E, di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.
benda sedap wei, serban pown tebukak kalu bab2x ni, cam cite musang bejanggut...hukum sume blh padam kalu kne batang idung sendri...hahaha...donia2x...
ReplyDelete