Tuesday, May 21, 2013

Isteri Kedua Serang Isteri Pertama, Bini Pemimpin Politik !


Isteri pertama seorang pemimpin politik di negeri ini mendakwa hidup dalam keadaan trauma selepas isteri kedua suaminya datang menyerang kediamannya di sebuah taman perumahan, dekat sini, pagi kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan lima anaknya berusia 3 hingga 12 tahun yang kebetulan berada di rumah menangis ketakutan berikutan wanita terbabit dikatakan menghentak pintu rumahnya berkali-kali hingga mengalami kerosakan.

Mangsa, 42, berkata, kejadian bermula kira-kira jam 10 pagi apabila pintu rumahnya diketuk beberapa kali.



Mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat sejak tahun lalu kerana trauma dan bimbang keselamatan diri serta anak-anaknya.


Mendengar ketukan itu, anak perempuannya yang berusia 12 tahun membuka pintu untuk melihat siapa yang berada di luar.

Sebaik membuka pintu dan terlihat wajah isteri kedua suaminya, mangsa menyuruh anaknya menutup pintu.

Geram dengan tindakan anak mangsa, wanita terbabit dikatakan menggoncang pintu jeriji rumah itu berkali-kali.

Mangsa mendakwa, wanita terbabit turut mengeluarkan kata-kata kesat dan memaksa anaknya membuka pintu.

“Ketika itu saya dengar dia seperti menyuruh seseorang mengambil tukul dan parang sebelum terdengar bunyi hentakan dan pukulan bertalu-talu di pintu kediaman rumah pangsa yang saya diami bersama anak-anak.

“Kesemua anak menangis ketakutan, manakala ibu saya yang uzur berusia 77 tahun turut tinggal bersama terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit terus bertindak agresif menjerit-jerit di luar rumah, selain memecahkan pasu bunga dan mendakwa mempunyai waran tangkap.

"Wanita itu datang ke rumah saya untuk mengadakan perbincangan, namun tidak dapat dipastikan ia mengenai apa.

"Saya juga nampak suami berada di tempat letak kereta ketika wanita itu datang menyerang," katanya.

Disebabkan terlalu takut, mangsa menghubungi polis peronda sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

“Saya terpaksa buat laporan kerana bimbang keselamatan anak-anak tambahan pula pernah berlaku kes polis apabila suami memukul anak kedua sehingga terpaksa mendapat rawatan di hospital,” katanya.

4 comments:

  1. Subhanallah..sape ni...

    Utk semua lelaki...semasa anak kecil kita tidak tau anak mana yg akan berjasa atau yg benar benar mendekati kita...

    Satu pertanyaan...

    Adakah anda pasti anak isteri kedua anda benar benar berjasa di hari tua

    Adakah anda pasti anak isteri pertama tidak berjasa kpd anda dihari tua. Isteri kedua anda memperlakukan anak anda seperti anak derhaka.

    Itu rahsia Allah. Jgn menyesal di hari tua.
    Siapa dulu.dtg...anak anda atau isteri muda.
    Anak anda tidak minta dilahirkan dr benih anda.

    Jika anak anda diberi pilihan...pasti pilihannya bukan anda???????

    ReplyDelete
  2. Subhanallah..sape ni...

    Utk semua lelaki...semasa anak kecil kita tidak tau anak mana yg akan berjasa atau yg benar benar mendekati kita...

    Satu pertanyaan...

    Adakah anda pasti anak isteri kedua anda benar benar berjasa di hari tua

    Adakah anda pasti anak isteri pertama tidak berjasa kpd anda dihari tua. Isteri kedua anda memperlakukan anak anda seperti anak derhaka.

    Itu rahsia Allah. Jgn menyesal di hari tua.
    Siapa dulu.dtg...anak anda atau isteri muda.
    Anak anda tidak minta dilahirkan dr benih anda.

    Jika anak anda diberi pilihan...pasti pilihannya bukan anda???????

    ReplyDelete
  3. Sudahlah KEBAS laki orang, jadi samseng pulak...memang samseng agaknya...padanlah dengan suami tu..

    ReplyDelete
  4. kenapa takut nak beritahu nama pemimpin ini?
    Dah ada polis report jadi boleh lah di beritahu

    ReplyDelete