Monday, May 13, 2013

Celaka !! Pemerhati PRU Berkempen Untuk Pakatan Haram !! Vavi !!




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti laporan Merdeka Centre sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan kerana tidak mematuhi aku janji.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata untuk bersikap adil, fokus dan profesional, pihaknya akan meneliti laporan organisasi itu dan menemui kepemimpinannya terlebih dulu sebelum membuat keputusan. 

Memang saya sudah syak operasi mereka dikuasai pihak tertentu kerana ada tindak tanduk dan perbuatan yang nampaknya berpihak dan tidak jujur dalam beberapa aspek ketika melaksanakan tugas sebagai pemerhati pilihan raya. 

“Ketika dilantik sebagai pemerhati tempatan, mereka bersetuju mematuhi aku janji,” katanya kepada BH semalam.

Merdeka Centre adalah antara 16 NGO yang dilantik sebagai pemerhati tempatan yang perlu mematuhi larangan SPR seperti tidak berkempen atau cuba meraih undi ketika dalam pusat mengundi, mematuhi arahan pegawai SPR atau polis, mengganggu atau menemubual pengundi, membuat kenyataan media berkaitan pemerhatiannya, tidak melakukan perkara mencetuskan ketegangan atau kekecohan dalam pusat mengundi dan mengganggu perjalanan proses pilihan raya.

Kelmarin, Global Research dalam laman web www.globalresearch.ca, Merdeka Centre didakwa mendapat pembiayaan kerajaan asing untuk menghapuskan parti pemerintah di negara ini. 

Operasi organisasi itu didakwa dibiayai Amerika Syarikat menerusi National Endowment for Democracy (NED) untuk menyokong beberapa perkara tertentu berkaitan PRU-13 seperti dakwaan penipuan sebelum pilihan raya, dakwat kekal mudah dicuci, boleh mengundi di kawasan berbeza jika mendaftar menggunakan nama dan kad pengenalan lain serta tuduhan pembangkang bahawa kerajaan membiayai penerbangan pengundi tetapi dinafikan kerajaan, selain warga asing memperoleh kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.

Laman web itu juga mendakwa hubungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir menerusi Merdeka Centre, malah diteruskan dengan gerakan pembangkang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Wan Ahmad juga mempersoalkan mengapa NGO seperti Merdeka Centre boleh membenarkan pihak asing memperalatkan mereka secara halus atau sulit menerusi dana operasi dengan matlamat menjatuhkan sistem demokrasi negara.

“Walaupun cuba berselindung, sama ada sebelum atau selepas PRU tetapi SPR dapat mengesan tindakan mereka kerana ada aktiviti yang tidak secara langsung berpihak,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi memantau pembabitan NGO tempatan dibiayai NGO antarabangsa yang mempunyai agenda tersembunyi kerana ia membahayakan negara.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula tidak terkejut dengan dakwaan yang mempunyai kaitan dengan pakatan pembangkang bagi menghuru-harakan negara supaya dapat memenangi pilihan raya.

“Ini adalah penjajahan terancang bentuk baru terancang pihak luar yang mahu menguasai negara kita dengan NGO dan parti politik menjadi ejen atau tali barut yang menggadaikan maruah untuk menunaikan hasrat ‘tuan’ mereka.

“Tindakan Anwar yang bersungguh-sungguh mahu membangkitkan kemarahan rakyat seperti yang dilakukan sekarang juga ada kaitan,” katanya.

Pengerusi Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Tan Sri Ramon V Navaratnam pula mencabar pihak yang cuba menunjukkan seolah-olah PRU-13 suatu penipuan supaya tampil dengan bukti sahih, bukan terus membuat dakwaan untuk memenuhi matlamat peribadi pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment