Pengembaraan di bumi yang pernah digelar 'bumi kezaliman' suatu masa dulu, telah menemukan penulis dengan seorang remaja perempuan Melayu yang menabur bakti di sana.
Percaya dan yakin bahawa ilmu yang dimiliki bukan haknya seorang dan perlu disebarkan, Azlia Asmira Ruslee, pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin, memberanikan diri menyahut cabaran kerajaan agar ada dikalangan anak-anak muda Malaysia terutamanya pelajar universiti membantu pelajar-pelajar di negara dunia ketiga dari segi ilmu pengetahuan.
Cuti semester selama dua bulan digunakan sebaik mungkin mendidik anak-anak di Kemboja dalam bahawa Inggeris. Jika keikhlasan dijadikan ukuran, wang bukanlah segalanya.
Pemergian Azlia di sana tidak pernah menagih simpati dan tajaan mana-mana pihak. Sepanjang mencurahkan bakti, pihak ngo yang dikenali sebagai SOLS 24/7 hanya membekalkan makanan dan tempat tinggal sahaja.
Walaupun tiada elaun yang diperolehi, tapi beliau merasa puas dengan apa yang telah dilakukan dan yang pasti tambahnya, semua itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengalaman. Itulah yang dilalui oleh Azlia. Beliau sesekali tak pernah kesal dengan keputusannya mencurah ilmu dan bakti di sana.
Penulis terfikir sejenak, kenapa pelajar-pelajar kita yang lain amat sedikit jumlahnya yang berpandangan jauh seperti Azlia. Mereka lebih rela menghabiskan masa cuti semester atau pun masa hujung minggu dengan mencari duit melalui himpunan haram tajaan pembangkang.
Mereka lebih suka mencemarkan maruah dengan kegiatan yang tidak memberikan untung pada masa depan. Golongan seperti mereka inilah yang bakal membentuk sekumpulan anak-anak muda yang berjiwa pemberontak dan tidak mengenal erti syukur dalam makna yang sebenar.
Seterusnya, gambar dan cerita selanjutnya d SINI
+ comments + 3 comments
itulah hidup. sebab tu kena berpegang pada ajaran islam. pemerintahan yg betul, negara berjalan lancar. kalau pemerintahan asyik audit rugi, hutang berbillion asyik bertambah. tunggu la masanya tergadai.
konsep kewangan kerajaan tak sama dengan kewangan syarikat atau keluarga.selagi kerajaan masih mampu membayar hutangnye tak ade masalah.untuk ape kerajaan ade simpanan yang banyak?.kerajaan boleh bertukar ganti.
Betullah..kalau jadikan peliwat sebagai pemimpin tertinggi,jadikan kafir harbi sebagai pemerintah,memang tergadailah tanahair..
Post a Comment