Di tengah Bandar Jeddah, Arab Saudi, tepatnya di kawasan Al mawadi ada sebuah monumen berbentuk basikal raksasa. Basikal dengan ukuran tak lazim itu banyak dikenali orang dengan sebutan basikal "Nabi Adam".
Basikal itu tingginya mencapai lima meter, tidak ada keterangan tahun pembuatan dan siapa pembuatnya, hanya basikal itu nampak seperti basikal buatan Indonesia atau Malaysia.
Tidak jelas alassannya kenapa replika basikal ini disebut basikal Nabi Adam, tapi mungkin melihat basikal yang besar lalu ada yang menyebutnya basikal Nabi Adam. Dan sampai sekarang sebutan itu masih tetap kekal di kalangan jemaah haji Malaysia/Indonesia dan Asia Tenggara
Basikal raksasa itu ternyata memang asli dari Indonesia, seperti diceritakan Abu Bakar Husen, seorang mukmin di Arab Saudi. Basikal itu merupakan hadiah dari Gabenor DKI Ali Sadikin, pada 20 tahun lalu.
Bersama dengan beribu-ribu basikal lain basikal raksasa itu dihantar langsung dari Jakarta, dan untuk mengenangnya oleh kerajaan tempatan basikal raksasa ditempatkan dan dijadikan monumen di tengah bandar.
Basikal raksasa itu kian popular dikalangan jemaah haji, meski sampai saat ini masih belum diketahuai siapa yang mempopularkan sebuatan basikal "Nabi Adam".
Menurut beberapa sumber, ada yang mengatakan bahawa monumen basikal gergasi ini dibina Pemerintah kerajaan Arab Saudi untuk menghargai dan menghormati para jamaah haji yang berbasikal dari India.
Sedangkan menurut cerita Abu Bakar Husen, mukmim yang berasal dari Arab Saudi, Basikal tersebut didatangkan dari Jakarta yang merupakan pemberian bekas Gabenor DKI Ali Sadikin.
Namun dari manapun asal basikal ini tidaklah menjadi persoalan, yang penting tempat tersebut telah menjadi tempat pelancongan menarikyang didatangi ramai orang di seluruh dunia.
Jika di fikirkan dengan lebih mendaolam, apakah mungkin zaman Nabi Adam ada basikal yang bentuknya sama dengan zaman - zaman sekarang.
Sebutan basikal Nabi Adam rasanya lebih sesuai disebut basikal anak cucu Adam.Jadi intinya monumen basikal yang menjadi destinasi pelancongan ini tidak ada hubungan dengan Nabi Adam AS.
No comments:
Post a Comment