Nasir, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata kain rentang berkenaan di persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Jalan Lapangan itu dilakukan oleh pihak tertentu dipercayai untuk mensabotaj BN.
"Semasa saya melalui jalan tersebut, saya terkejut melihat poster yang tidak bertanggungjawab itu terpampang di persimpangan jalan berkenaan.
"Saya pasti itu bukan dilakukan oleh orang BN tetapi oleh pihak lain sebagai sabotaj kepada parti BN," katanya ketika ditemui semasa berkunjung ke pejabat Biro Bernama Terengganu, di sini hari ini.
Kain rentang itu yang tertera perkataan 'Skandal Seks Mustafa Ali - sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyalaras Umno DUN Seberang Takir' dikesan di pasang awal pagi ini sebelum diturunkan pada lewat tengah hari tadi.
Dalam pada itu, Umno Seberang Takir yang diketuai Datuk Ahmad Razif Abd Rahman membuat dua laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang tadi di Balai Polis Gong Badak di sini berhubung kain rentang berunsur fitnah itu.
Beliau berkata pihaknya mula mengesan kain rentang yang tertera 'Berdosa undi PAS, undi PAS masuk neraka' dan 'Skandal Seks Mustafa Ali - sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyelaras Umno DUN Seberang Takir' itu awal pagi tadi.
Ahmad Razif berkata terdapat sebanyak 12 kain rentang itu dinaikkan di kawasan-kawasan sekolah dan berhampiran kem tentera oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan nama BN. Menurutnya individu tidak bertanggungjawab itu sengaja memilih lokasi itu untuk menarik perhatian para pendidik dan ibu bapa.-Terengganu Today
Aakj : Dah pening vavi semua jentera Pas..satu Malaya dok pikir camana nak burukkan lagi nama UMNO BN !!
itu lah kebijakan cara politik era baru. Umno ketinggalan mengatur strategi. Pakatan pandai guna perang saraf. Kalau umno atau bn tak bijak rakyat akan bjaya d bodohkan oleh pakatan. Rakyat jika hari2 d sajikan fitnah akan termakan juga!! Pakatan berpolitik tanpa etika. Tapi siapa peduli yg penting dpt pengaruhi pengundi. Itu je. Jadi Bn fikir2 lah.
ReplyDeleteYe..terlampau pandailah puak2 laknat ni sampai kan baru2 ni saya menerima gambar anjing terbiar yang dipakaikan bendera bn...memang sakit hati..tapi ianya menunjukkan betapa low classnya mentaliti dan maruah diri oleh puak2 ysng mengaku kononnya Islam mereka lebih baik.. (mscam bangsa Yahudi gak laa..). At least jangan lah sampai ke tahap ko samakan dengan anjing..kalau anjing ni dapat memerintah negara..maka seolah2 ko diperintah oleh si anjing!
ReplyDelete