Sunday, April 7, 2013

#PRU13 : Vcd Anwar & Pelacur Di Cetak 50,000 Keping !! Pesanan Online...


Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung tingkah laku serta moral Anwar Ibrahim yang sangat rendah dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin sebaliknya lebih tepat digelarkan sebagai penipu dan pembohong, PKR akhirnya terpaksa mengambil langkah yang lebih drastik untuk membina semula kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim.

Daripada orang PKR sendiri, dilaporkan 500 ribu keping VCD lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim telah siap dicetak dan hanya menunggu tarikh akhir pembubaran Parlimen untuk diedarkan kepada orang ramai. Yang mencetaknya pula adalah PKR sendiri dan ia dibuat atas arahan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, individu yang terdapat dalam VCD serta klip video tersebut bukannya Anwar Ibrahim sebaliknya seseorang yang menyerupai atau disolek dan didandan seperti Anwar Ibrahim.

Pengeluaran dan pengedaran 500 ribu keping VCD tersebut adalah untuk menyanggah beberapa klip video lucah yang menampilkan Anwar Ibrahim sendiri sebagai pelaku.

Tujuan utamanya adalah untuk membuktikan bahawa klip-klip video terdahulu, sama ada yang mengandungi Dato' Eskay, beromen dengan jantan mahupun yang menerkam jantan lembut di dalam sebuah bilik hotel, adalah lakonan semata-mata.

Sekaligus pengeluaran dan pengedaran VCD berkenaan diharapkan dapat menarik simpati sebanyak mungkin kepada Anwar Ibrahim dan menimbulkan persepsi bahawa segala klip video yang berkaitan tidak lebih daripada sebuah lakonan yang menampilkan pelakon menyerupai Ketua Umum PKR itu.

Diberitakan, dalang utama yang menerbitkan 500 ribu keping VCD tersebut adalah Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR atas arahan Anwar Ibrahim.

Walaupun cukup yakin, PKR mampu meraih undi daripada pengundi-pengundi Cina, terutama sekali generasi muda yang tidak peduli tentang nilai moral dan kebebasan seks, namun PKR paling mengharapkan undi-undi Melayu dan India. Ini adalah kerana pengundi Melayu masih kekal dominan dan majoriti walaupun DAP berjaya mendaftarkan begitu ramai pengundi-pengundi baru berbangsa Cina.

Banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim menggunakan wang pembiayanya dari Amerika Syarikat dan Eropah. Kemunculan klip-klip video lucah membabitkan dirinya sebelum ini, benar-benar telah membuatkan taukeh-taukeh besar Anwar Ibrahim mengamuk dan memberi kata dua kepadanya.

Secara jelas, dalam tempoh terdekat, VCD-VCD tersebut akan mula beredar dan para pemimpin PKR akan berteriak, melalak dan menyalak bahawa itu semua adalah perbuatan UMNO dan Barisan Nasional walaupun hakikatnya mereka sendiri yang melakukannya!!!

Anda tidak akan menunggu lama untuk VCD yang diarahkan oleh Anwar Ibrahim tersebut berada di tangan anda!!!

AAKJ ; Pesana Online ada tak hehehe..boddo Anwar !!


Isu Politik Semasa

No comments:

Post a Comment