Saturday, April 20, 2013

#PRU13 : Terkini ! Lagi Ahli UMNO Belot !! Bertanding Bebas !



MUAR 20 April - Menggunakan alasan desakan penduduk setempat, seorang lagi ahli UMNO, Md. Ghazali Salamon, 45, bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Tindakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bakri itu yang bertanding menggunakan lambang kunci menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN tersebut.

Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk Saipolbahri Suib manakala, Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh Abdul Aziz Muhammad.

Md. Ghazali mendakwa, tindakan tersebut dilakukan kerana desakan penduduk di Bukit Naning yang tidak bersetuju dengan pencalonan Saipolbahri.


1 comment:

  1. Apa apa pun alasan yang diberi, pengkhianat tetap pengkhianat.. apa salahnya kalau dia rasionalkan penduduk .. yang kemaruk bukannya penyokong, tapi yang punya badan sendiri..

    ReplyDelete