Tuesday, April 9, 2013

#PRU13 : Staff TV3 Macam Babi !!!



Marah bukan kepalang para pemimpin dan penyokong PR bila mana stesen TV swasta seperti TV3 dan Astro membuat siaran langsung semasa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melancarkan Manifesto BN tempohari.

Mereka merungut dan mengkritik sana sini mempersoalkan kenapa PR hanya ditawarkan 10 minit sahaja untuk pembentangan manifesto, sedangkan BN pula diberi kelebihan jauh lebih baik dari itu.

Soal rungutan sebegitu tak berkudis pun. Cuma yang tak sedapnya apabila ada penyokong PR yang vokal melampau seperti blog suarapakatanrakyat.com agak keterlaluan apabila menerbitkan artikel bertajuk Manifesto BN: Perangai Astro & TV3 Macam Babi !!

Entah apa kaitan binatang babi dengan isu ini sukar dikenal pasti, tapi jika TV3 dan Astro macam babi, adakah kakitangan yang bertanggungjawab melicinkan operasi kedua-dua stesen TV itu pun dianggap setaraf dengan babi juga? 

Baca selanjutnya d SINI

No comments:

Post a Comment