Imej Teresa Kok yang kononnya “baik” akhirnya terbongkar juga belangnya. “Kejalangan” mulutnya yang sering menuduh BN dengan amalan rasuah dan sebagainya berbalas dengan karma kehidupan apabila Teresa Kok yang maha hipokrit dibogelkan oleh bekas pembantu peribadinya.
Lagak pemimpin pakatan haram seperti biasa “tong kosong” yang mengabaikan kebajikan rakyat Seputeh yang mengundinya. Teresa sibuk menjelajah negara untuk menjaja betapa kerajaan BN diselubungi rasuah sedangkan bapak segala rasuah berada dalam golongan DAP itu sendiri.
Bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh ini, Tony Tan, telah mendedahkan Teresa telah menyeleweng wang yang sepatutnya disalurkan kepada ibu-ibu tunggal.
Ianya berlaku semasa Tony Tan masih menjadi Pegawai Khas Teresa Kok.Semasa di Sabah mereka telah berkempen ’membantu’dan mengumpulkan dana untuk Ibu² Tunggal. Teresa Kok hanya meminta sumbangan sebanyak RM5,000. Seorang penyumbang yang prihatin telah memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 tunai untuk tujuan tersebut.
Namun setelah beberapa lama duit tersebut diserahkan, Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka gara-gara Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Perselisihan faham yang telah berlaku yang menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta. Pemimpin pakatan memang suka menyaman itu adalah “trend” kononnya mereka hebat sebab hakim dan majlis peguam merupakan “ORANG MEREKA”...selanjutnya d SINI
No comments:
Post a Comment