Wednesday, April 24, 2013

#PRU13 : Polis Buru Blogger Sebar Cerita "Mengundi Awal" !!



Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632...selanjutnya baca d SINI

2 comments:

  1. fuckatoon dah goyang...

    menipu dan fitnah dipertingkat sebelum masuk kubur ...

    gen2felda

    ReplyDelete
  2. banggang tahap cipan sape yang mereka2 cerita mengundi awal ni.. betul2 tak ada maruah diri, tak bertemaddun..saja nak burukkan SPR...

    ReplyDelete