Belum tamat
isu Ladang Rakyat di Kelantan kini PAS sekali lagi menimbulkan rasa tidak puas
hati peserta ladang kelompok berkenaan apabila bukan sahaja memaksa tetapi juga
mewajibkan mereka membayar RM100 kepada parti sebagai derma pilihan raya.
Mereka
berpolitik kemudian peserta ladang rakyat terpaksa membiayainya semata-mata
untuk membolehkan mereka berpoya-poya menggunakan wang tersebut.
Peserta-peserta
Ladang Rakyat difahamkan mereka diminta membawa wang itu pada majlis penerimaan
cek dividen.
Sudah lah
beri dividen kemudian peserta diwajibkan menderma pula ... Jangan cek tendang
macam Azizan buat sudahlah.
Belum
selesai lagi isu Ladang Rakyat mencabuli hak istimewa mereka, kini PAS buat hal
lagi.
Sedangkan
NGO Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (Jaringan) yang mewakili 18,000
masyarakat Orang Asli telah membuat satu deklarasi bahawa projek Ladang Rakyat
yang dibangunkan oleh kerajaan Kelantan gagal dan mencabuli hak keistimewaan
mereka.
Deklarasi
tersebut dikeluarkan dalam mesyuarat yang diwakili oleh 18 ketua pos Orang Asli
bersama kira-kira 300 Orang Asli di Dewan Adat Kampung Angkek, Pos Kuala Betis.
Pengerusinya,
Azmi Badol, 38, memberitahu, projek Ladang Rakyat merupakan salah satu contoh
kegagalan kerajaan negeri dalam menghormati hak Orang Asli selain melaksanakan
projek pembangunan di kawasan yang mereka diami sejak sekian lama.
Pembangunan
projek berkenaan yang kebanyakannya telah diserahkan kepada syarikat swasta
dari luar Kelantan tidak memberi sebarang faedah kepada Orang Asli, malah lebih
memeritkan mereka kini kehilangan kawasan hutan yang sebelum ini menjadi lubuk
rezeki mereka.
Ladang
Rakyat yang berkeluasan 32,817 hektar itu meliputi kawasan Jajahan Gua Musang,
Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.
Sudahlah
peserta ladang ini kebanyakannya rakyat miskin dan susah, kini diminta lagi
derma RM100 seorang, sungguh kejam.
Mana pergi
tabung-tabung derma PAS ketika ceramah? Dah habis kena songlap atau buat bayar
hotel mewah pemimpin PAS?
PAS ada
tubuhkan banyak tabug, namun tiada satu pun diketahui jumlahnya secara tepat
dan ke mana dana tabung itu disalurkan, kini paksa lagi peserta ladang rakyat
menderma untuk mereka.
No comments:
Post a Comment