Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra,
Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk
terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini.
Malah ketika mengulas
sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan
pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard
kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.
"Manifesto itu
merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang
diberikan nanti, Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan
perubahan sesuai dengan matlamat BN.
"Manisfesto ini
untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan masyarakat
berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan' dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi
nasional," katanya.
Pengerusi BN dan
Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Berbanding pakatan
pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika
ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti
yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.
“Ini berbeza
dengan kerajaan pakatan pembangkang, walaupun mereka juga mempunyai
manifesto namun manifesto mereka hanya sebuah janji populis, janji bulan dan
bintang tetapi apabila tiba masa rakyat menuntut janji-janji tersebut maka
mereka mengatakan manifesto bukan janji,” menurut salah seorang rakyat Selangor
sebelum ini.
Manakala Februari
lalu, pakatan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim telah mengumumkan manifesto
pilihan raya mereka.
Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN)
akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan. BN memberi
ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto
mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.
Maka semua masyarakat
tanpa mengira kaum di jemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit
Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar
amanat yang akan disampaikan.
Selain itu, manifesto BN kali ini dikatakan akan bersesuaian
dengan slogan yang diangkat selama ini oleh parti itu.
"Kita hendak manifesto kita dihayati, difahami
dan dihayati oleh rakyat sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan
BN, sebab kita sudah buktikan dalam empat tahun ini apabila kita janji, kita
sudah tunjukkan komitmen kita.
"Saya percaya manifesto kita itu nanti adalah
lambang janji baru kita kepada rakyat," katanya.
MANIFESTO BN dilihat gagal mengambarkan keupayaang untuk meneruskan legasi menerajui negara walaupun parti ini sudah bertapak lebih 50 tahun.
ReplyDeleteAntaranya;
1. Kurang impak pembelaan kepada rakyat dari segi ekonomi.
2. Kupasan idea tidak asli tidak mantap dan berulang-ulang dan tidak jelas.
3. Tidak profesional dalam penyampaian susun kata yang agak mengelirukan.
4. Gagal mengadun harapan rakyat
Kalau gagal memerintah pd PRU 13 ini adalah kerana 100% berpunca dari Manifesto yg tidak Jitu sepertinya dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian dan ketandusan idea.
manifesto BN yg akan dilancarkan pada petang ini tidak ada sentuh hasrat untuk menghapuskan amalan rasuah dan kronisma di kalangan pemimpin dlm pembahagian kekayaan negara kpd rakyat. ...
ReplyDelete