Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.
Rakyat
Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN mereka akan berupaya
menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa, bukan sahaja masyarakat
biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan.
Kemampanan
ekonomi negara juga menjadikan banyak penganalisis ekonomi meramalkan manifesto
akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus mendorong kepada
status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Buktinya,
pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik, termasuk laman-laman sosial
membicarakan manifesto BN, terutama berkenaan Bantuan Rakyat 1 malaysia
(BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun BN memerintah.
Berbanding
150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan Rakyat, ternyata BN jauh
mengatasi mereka dari aspek perancangan dan pelaksanaan manifesto.
Berbeza
dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya menumpu kepada persoalan
menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak ekonomi makro terhadap
negara.
BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.
BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.
Dengan
iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan ekonomi di Eropah, pemikiran
di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan Malaysia terus mempunyai
pertumbuhan ekonomi yang mapan.
Ternyata,
transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa tahun ini menunjukkan
kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak 5 peratus, malah
negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut mereka "di luar
jangkaan".
Perkara
itu bagaimanapun tidak diuatarakan pembangkang, sebaliknya lebih mempolitikkan
isu manifesto seolah-olah manifesto mereka adalah yang terbaik, sedangkan tanpa
manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya menjadikan ekonomi Malaysia lebih
berdaya saing dan mapan.
BR1M
ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan apabila meningkatkan
permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang rancak dalam ekonomi
sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara bergerak. Ini
memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan 'supply and demand'
dalam konsep ekonomi.
Manifesto
yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan akan memacu ekonomi negara
ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa beli rakyat meningkat dan
bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.
Jelas
terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi meyakini manifesto BN melebihi
manifesto pembangkang.
Tanpa
perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh, manifesto PR dilihat
umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan menyebabkan negara
muflis.
Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
Daripada
aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga emas, pengangkutan dan
sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung mengabaikan mana-mana
aspek.
Sebaliknya
mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi membolehkan pencapaian negara
melonjak ke paras yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment