Pakatan pembangkang
sering mengatakan mereka ingin mengajar rakyat erti politk dan sistem demokrasi
sebenar dengan mendakwa selama ini kononnya rakyat telah di bodohkan dengan
pendekatan kerajaan BN/Umno. Mereka mendakwa pendekatan pembangkang adalah
berpolitik secara matang selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh
dunia luar khususnya barat.
Namun, seperti
kebiasaannya, apa yang dikatakan sering kali tersasar dengan perlaksanaan yang dilakukan.
Antara hujah yang sering digunakan, kononnya BN/Umno takut untuk berlawan isu
dengan pembangkang, maka pendekatan serangan peribadi, pembunuhan karakter (character
assassination) sering kali digunakan untuk menyalahkan BN/Umno.
Terbaru isteri
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dijadikan sebagai modal
kempen pembangkang untuk mewujudkan elemen kebencian di hati rakyat. Kalau
dahulu mereka melemparkan fitnah terhadap Rosmah berhubung pemilikan cincin,
kini portal suarapakatanrakyat.com mendakwa kononnya hampir 80 peratus kandungan
manifesto BN adalah merupakan idea beliau.
Walaupun kebanyakkan rakyat
sedar, ia merupakan percubaan jahat pakatan untuk memburukkan beliau, namun apa
yang dikesalkan ialah agenda jahat pembangkang untuk mengheret mereka yang
tidak berkenaan ke kancah politik.
Ini bukan sekadar dakwaan, kerana andai
dilihat dari ‘track record’ mereka, puak-puak pencacai ini memang mahir
dalam bab seumpama ini.
Contohnya lihat
sahaja bagaimana mereka cuba memanipulasikan titah Pemangku Raja Perak Raja Dr
Nazrin Shah, sehingga menimbulkan kemurkaan baginda baru-baru ini.
Raja Nazrin
bertitah institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas
politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri daripada terlibat secara
langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian.
“Sebarang perbuatan yang
mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya
boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta
boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib
berpolitik secara berhemah,” titah baginda.
Persolannya
mengapakah isteri kepada Perdana Menteri itu juga turut ingin diseret sama ke
kancah politik tanahair? Beliau bukan calon BN, jauh sekali menyimpan hasrat untuk
menjadi pemimpin di dalam Umno.
Jawapanya mudah, pakatan pembangkang percaya
dengan memburukan Rosmah, mereka secara tidak langsung akan dapat merosakkan
imej Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang pada ketika ini begitu
dekat di hati rakyat.
Di masa yang sama,
mereka mengharapkan agar pimpinan Barisan Nasional mula merasa ragu dengan
keupayaan Datuk Seri Najib memimpin gabungan parti politik terbesar negara. itu
Kesimpulannya, apa
yang cuba dilakukan ini boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak untuk meraih
simpati masyarakat. Ia ditambah dengan sokongan rakyat yang dilihat semakin
berkurangan terhadap mereka khsusnya kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Atas sebab itu, telah
menyebabkan mereka gusar dan takut. Ini kerana tanpa sebarang pendekatan yang
menyeluruh bagi mengekang momentum BBN/Umno, impian untuk ke Putrajaya adalah
merupakan suatu yang hampir mustahil.
Steady DS Rosmah, Steady! Thats my first Lady!!
ReplyDeleteWe love u DS Rosmah.
ReplyDeleteKak Ros, sepupu yang penggal kepala emak dia dan tanam di Shah Alam...apa cerito
ReplyDelete