“Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tidak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you orang kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang.” Kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman
Cocky dalam bahasa mudah Melayu bererti bongkak, angkuh dan arrogant juga membawa erti yang sama. Perkataan itu dikatakan tersembur daripada mulut Mansor dalam satu mesyuarat PKR Pulau Pinang tidak lama dulu.
Pentadbiran LGE di P Pinang bolehlah disimpulkan sama dengan Kim Jong Il di Korea Utara. Belum jadi Tuhan namun sudah berlagak macam Tuhan. Guan Eng merupakan seorang diktator yang cuma mahir hanya dalam bahasa cina, manakala bahasa Inggeris dan Melayu beliau memang teruk.
Namun begitu DAP yang tidak fasih berbahasa Melayu ini mahu menakluki Tanah Melayu sebagai jajahan mereka. Oleh itu mereka telah cuba mencetus isu untuk meraih simpati pengundi. Kononnya mereka dianiaya oleh Barisan Nasional.
Selanjutnya d SINI
No comments:
Post a Comment